Harian Metro

Farah kembali ke East Grinstead

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Khidmat penjaga gol skuad hoki wanita negara, Farah Ayuni Yahya nyata laku apabila dia kembali mendapat tawaran beraksi untuk East Grinstead di Liga Perdana England.

Farah yang terbang ke England semalam berkata, dia mendapat tawaran kembali beraksi di kelab itu sehingga April selepas tampil pada pusingan pertama sebelum pulang ke Malaysia untuk menghadapi saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM).

“Saya memang mahu beraksi di pusingan kedua liga. Lagipun rakan sepasukan semua sangat baik. Malah untuk musim baharu nanti jurulatih sudah menawarkan saya untuk beraksi bersama East Grinstead,” katanya.

Farah lewat menyertai pasukan selepas baru saja selesai tugasan di LHWM bersama PDRM Blue Warriors.

Sepanjang ketiadaann­ya bersama Grinstead, kelab itu sudah mengalami dua kekalahan berturut-turut di pusingan kedua dan perlu bangkit pada perlawanan seterusnya bertemu Buckingham, Sabtu ini.

“Pasukan sekarang jatuh di tangga keempat liga. Apapun masih banyak perlawanan yang perlu dilalui. Harap kami dapat memenangi semua perlawanan selepas ini,” katanya yang beraksi dalam sembilan perlawanan pada pusingan pertama.

Dalam perkembang­an lain, penjaga gol skuad hoki negara, S Kumar mengakui memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot pangkal paha kanan yang dialaminya ketika saingan Liga Hoki Malaysia (LHM).

Meskipun doktor memaklumka­n tempoh dua bulan diperlukan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu, Kumar tidak pasti sama ada tempoh pemulihan itu akan berlaku lebih cepat atau sebaliknya.

Penjaga gol yang bakal berusia 40 tahun Disember depan itu juga tidak pasti bilakah dia akan membuat penampilan semula ketika khidmatnya sangat diperlukan pada Final Siri Hoki yang akan berlangsun­g dari 26 April sehingga 4 Mei depan di Kuala Lumpur.

“Dengan usia seperti ini, saya boleh lagi untuk menjalani latihan dan turun beraksi. Tapi jika melakukan sesi latihan yang berlebihan, mungkin susah juga untuk diri saya.

“Lagipun sudah tiga tahun saya tak mengalami kecederaan. Tapi jika melakukan sesi latihan yang betul, rasanya tak ada masalah untuk saya,” katanya.

 ??  ?? FARAH
FARAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia