Harian Metro

Rahsia dalam kocek

Safiq Rahim tahu kekuatan, kelemahan JDT

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Kapten pasukan Melaka United (MU), Shukor Adan percaya rahsia kekuatan juara Liga Super lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam tangan pasukannya apabila bertandang ke laman lawan, esok.

Ini berikutan pengalaman beberapa rakan sepasukan yang pernah menikmati aksi bersama skuad Harimau Selatan termasuk Safiq Rahim, R Gopinathan dan Nazrin Nawi antara senjata untuk mengetahui serba sedikit kekuatan dan kelebihan pasukan lawan.

Sehubungan itu, dia yakin gandingan jitu skuad pelawat bakal 'menggegar' Stadium Larkin walaupun menyedari tuan rumah akan bertindak agresif untuk menidakkan impian MU meraih mata maksimum.

"Walaupun skuad JDT tampil dengan corak permainan berbeza berbanding sebelum ini, ia bukan halangan buat skuad Hang Tuah daripada terus memberikan cabaran.

"Corak permainan MU juga berbeza kali ini. Bagi saya atas kertas bukan ukuran sebenar untuk membuat penilaian tepat. Apa yang lebih penting pasukan yang kurang melakukan kesilapan berpeluang mencipta kemenangan," katanya.

Sebagai 'jeneral padang' dia sememangny­a mengimpika­n tiga mata di gelanggang keramat lawan, sekali gus menuntut aksi cemerlang semua rakan sepasukan untuk tampil berjuang habis-habisan bagi merealisas­ikan impian berkenaan.

Shukor yang lebih 20 tahun berkelana dan hanya pulang beraksi untuk negeri kelahiran musim ini, dilihat antara pemain paling berpengala­man untuk menjulang kejayaan besar skuad terbabit di pentas Liga Malaysia 2019.

Dia yang pernah beraksi di saingan kelayakan Piala Dunia 2002 selain menyumbang pingat perak di pentas Sukan SEA 2001 serta mewakili negara berdepan pasukan terhebat dunia termasuk Brazil, Manchester United dan Chelsea, jelas akan menggunaka­n segala pengalaman yang ada untuk melayan kegarangan JDT.

Malah, bekas pemain Negeri Sembilan, Selangor, ATM dan Felda United itu pastinya mahu merekodkan kejayaan manis bersama pasukan Hang Tuah musim ini selepas menggengga­m kejuaraan termasuk Pestabola Merdeka, Piala Sumbangsih, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala FA.

Berikutan itu, perlawanan berdepan JDT dilihat asas penting untuk membuktika­n MU mampu sebaris skuad gergasi sekali gus melayakkan pasukan itu muncul antara empat kelompok skuad terbaik musim ini.

 ??  ?? MUHAMMAD Shukor (dua dari kanan) pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong.
MUHAMMAD Shukor (dua dari kanan) pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia