Harian Metro

Safee, Sergio sedia beraksi lawan Kedah

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Saya mengenali rapat Safee ketika di Selangor manakala untuk Sergio sudah lama saya memerhatik­annya”

Devan

Kuala Lumpur: Dua muka baru PJ City FC, Safee Sali dan Sergio Paulo Nascimento Filho dilihat tidak berdepan masalah untuk diturunkan pada perlawanan Liga Super bertemu Kedah di Stadium MBPJ hari ini.

Ketua jurulatih PJ City, K Devan berkata, meskipun baru menyertai pasukan Selasa lalu, Safee dan Sergio berada dalam tahap terbaik sekali gus berpeluang besar untuk diturunkan.

“Saya rasa Sergio tidak berdepan masalah kecergasan. Dia beraksi pada perlawanan kompetitif di Brazil awal bulan ini.

“Safee pula sudah beraksi di saingan liga sebanyak tiga perlawanan bersama pasukan lamanya (Perlis). Justeru, saya rasa mereka berdua tidak berdepan masalah untuk diturunkan,” katanya.

Devan berharap kehadiran kedua-dua pemain itu akan memberi impak besar kepada PJ City yang menyasarka­n untuk menamatkan saingan liga musim ini di kedudukan lima terbaik.

“Saya mengenali rapat Safee ketika di Selangor manakala untuk Sergio sudah lama saya memerhatik­annya,” katanya.

Kedua-dua pemain itu sah menyertai PJ City selepas tarikh pendaftara­n pemain berakhir kelmarin.

Selepas tiga perlawanan, PJ City menduduki tangga keenam liga dengan mengumpul empat mata.

 ??  ?? SAFEE dan Sergio diperkenal­kan oleh pengurusan kelab PJ City FC pada sidang media khas di Qi Tower.
SAFEE dan Sergio diperkenal­kan oleh pengurusan kelab PJ City FC pada sidang media khas di Qi Tower.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia