Harian Metro

Duo noktah kemelut

- Syazwan M mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Sandro, Khyril diharap bantu jentera serangan Selangor

Kepincanga­n jentera serangan Selangor mungkin selesai dengan kehadiran dua pemain baharu sekali gus diharap dapat membantu pasukan memburu kemenangan pertama selepas mencatatka­n kekalahan memalukan sebelum ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal berkata, bekas pemain import berpengala­man Kedah kelahiran Brazil, Sandro Da Silva dan pemain Perlis, Mohd Khyril Muhymeen Zambri akan menyarung jersi Gergasi Merah itu.

“Kami tandatanga­ni Sandro dan Khyril hari ini (semalam) dan seterusnya mereka akan turun latihan sebagai persiapan menentang Pahang hujung minggu ini.

“Kedua-dua pemain berkenaan cukup berpengala­man dan boleh mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh pemain sebelum ini,” katanya di sini.

Selain itu, katanya, kedua-dua pemain berkenaan itu memang berada dalam radar pasukan terbabit memandangk­an skuad Gergasi Merah mempunyai masalah di jentera serangan.

“Pengurusan Selangor akan membuat pengumuman secara rasmi berkaitan pemain berkenaan dalam masa terdekat ini.

“Kita tidak melakukan perubahan secara menyeluruh cuma memperbaik­i kelemahan selepas kekalahan memalukan ketika menentang PKNS FC (0-4) sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, FAS mencapai persetujua­n dengan PKNS untuk membuat satu pertukaran sebelum tarikh perpindaha­n pemain pertama ditutup kelmarin.

FAS menerusi laman sesawangny­a; www.redgiants.faselangor.my, memaklumka­n Fandi Othman yang beraksi dengan PKNS akan mengisi posisi pertahanan kiri K Kannan yang berpindah ke kelab berkenaan.

Untuk rekod, Fandi adalah anak kelahiran Johor yang memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan Harimau Muda A pada 2009.

Dia pernah beraksi dengan beberapa pasukan lain termasuk Johor Darul Ta’zim II, Melaka United dan Felcra FC.

“Pemain pertahanan ini turut dikenali ramai sebagai seorang pemain yang sangat berdedikas­i dan diharap kualiti ini akan dapat membantu memperkuat­kan lagi benteng pertahanan Selangor,” jelas FAS.

Kannan pula pemain muda daripada skuad Piala Presiden Selangor yang diserapkan ke dalam skuad Liga Super Selangor pada 2016 dan kekal sehingga kini.

 ??  ?? AKSI pemain Selangor ketika menentang PKNS FC.
AKSI pemain Selangor ketika menentang PKNS FC.
 ??  ?? DR Johan
DR Johan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia