Harian Metro

KLFA tagih khidmat Luke Woodland

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mengikat pemain skuad kebangsaan Filipina, Luke Woodland bagi menggantik­an awang import mereka, Achmad Jufriyanto yang terpaksa ditamatkan kontrak akibat kecederaan.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa yang mengesahka­n perkembang­an itu berkata, perubahan itu dilakukan bagi menguatkan lagi barisan pertahanan.

Beliau berkata, kehadiran Woodland diharap mampu untuk memberi impak positif kepada skuad City Boy.

“Kami menandatan­gani Woodland pada saat akhir pendaftara­n pemain bagi menggantik­an Achmad Jufriyanto yang cedera sekali gus tidak boleh beraksi bersama KLFA pada musim ini.

“Woodland yang dilahirkan di Abu Dhabi, UAE sebahagian daripada skuad kebangsaan Filipina yang beraksi di Piala Asia bulan lalu. Beliau beraksi dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan menentang Korea Selatan, China dan Kyrgyzstan,” katanya.

Mengikut rekod, Woodland pemain ketiga dari Filipina menyertai pasukan Liga Super musim ini selepas Melaka United menyambar khidmat rakan sepasukann­ya dalam skuad Piala Asia Filipina iaitu Patrick Reichelt manakala Joshua Grommen menyertai PJ City FC.

Dengan kemasukan Woodland, skuad kendalian Yusri Che Lah lengkap sepenuhnya dan mereka tekad memburu kemenangan pertama selepas tewas dalam dua perlawanan awal Liga Super.

Selain itu, Nokman berkata, tiada penambahan pemain lain dan pihaknya hanya melakukan perubahan membabitka­n pemain import saja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia