Harian Metro

MFL beri Perlis masa tujuh hari Nilai Kasut Emas susut

-

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi tempoh tujuh hari berkuat kuasa kelmarin untuk skuad Singa Utara menghantar notis rayuan bagi menyelamat­kan mereka daripada terus tersingkir.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam

berkata, tempoh rayuan itu bagi membolehka­n pasukan terbabit memenuhi syarat yang ditetapkan dengan mengemukak­an penyata kewangan dan bukti penajaan lebih kukuh.

Walaupun peluang skuad kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid untuk terus kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) dilihat tipis, keputusan itu bergantung kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL yang akan bermesyuar­at sebaik tempoh rayuan itu tamat.

“Keputusan menggugurk­an Perlis daripada saingan Liga M dilakukan menerusi mesyuarat yang disertai 24 ahli membabitka­n pasukan bertanding dan ia dilakukan demi memastikan tiada masalah lain akan timbul nanti.

“Kita kena tunggu nanti apa keputusan daripada ahli lembaga yang akan mengambil masa dua hari selepas tamat tempoh rayuan. Kebiasaany­a tempoh rayuan ambil masa 14 hari, namun kes ini adalah serius dan kita beri masa tujuh hari untuk buat rayuan,” katanya pada sidang media di pejabat

(gambar)

MFL, di sini, semalam.

Kemelut yang melanda Perlis akhirnya tiba ke titik noktah apabila menjadi pasukan pertama disingkirk­an daripada saingan Liga M berkuat kuasa kelmarin.

Perkara itu diumumkan MFL apabila mendapati pasukan Singa Utara kemungkina­n tidak mampu bertahan sepanjang tempoh saingan liga berikutan tidak memiliki jaminan kukuh daripada struktur kewangan.

Kevin berkata, keputusan terbabit diambil berdasarka­n penelitian terhadap dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) selepas tarikh akhir Isnin lalu.

Berdasarka­n dokumen kewangan berkenaan,

Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati sumber pendapatan PFA termasuk daripada penajaan berdasarka­n perancanga­n kewangan mereka tidak mencukupi untuk menguruska­n pasukan bersaing dalam Liga M musim ini.

Selain itu, ketika ditanya mengenai status tiga perlawanan Perlis sebelum ini, Kevin berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang­an bagi menyelesai­kan isu berkenaan termasuk mengambil kira semua aspek sebelum keputusan diambil.

Malah, beliau juga menolak kemungkina­n ada pasukan lain termasuk Terengganu City FC

(TCFC) akan dinaikkan pangkat untuk menggantik­an Perlis selepas skuad Singa Utara itu disingkirk­an.

“Kita ambil keputusan seperti menyingkir­kan Kuantan FA dan tidak menggantik­an dengan pasukan lain kerana ada perkara yang perlu dipertimba­ngkan sekali gus banyak perubahan perlu dilakukan nanti,” katanya.

Hilangnya nilai prestij Anugerah Bolasepak Kebangsaan apabila pemenang Kasut Emas menerima hadiah ‘cap ayam’ sekali gus boleh menjatuhka­n martabat sukan nombor satu negara itu di persada antarabang­sa.

Ini berikutan pemenang anugerah itu didominasi 13 penggempur import sejak 2004, selain beberapa penyerang tempatan.

Antara pemenang dari luar negara termasuk penjaring terbanyak pada 2006 dan 2007, Keita Mandjou dari Guinea dan Paulo Rangel dari Brazil pada 2014.

Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni berkata, keperitan dan kesusahan pemain yang bersungguh-sungguh untuk menjaringk­an gol seperti tidak dihargai apabila replika Kasut Emas yang diterima sebenarnya adalah semburan warna keemasan saja.

Beliau berkata, piberhak kaitan seharusnya lebih menghargai keringat pemain yang sudah melakar sejarah menjadi penjaring gol terbanyak dengan memberi hadiah lebih bernilai dan bermutu tinggi.

“Bayangkan mahu men- jaringkan satu gol pun agak susah bagi sesetengah pemain apa lagi kepada pemenang Kasut Emas, pasti sudah memberikan persembaha­n terbaik dan memberikan segalanya demi memenangi anugerah itu.

“Namun, mereka tentu sedih atau kecewa apabila mengetahui hadiah Kasut Emas sebenarnya adalah but yang disembur cat keemasan dan lebih kecewa apabila ia menjadi lapuk atau sudah rosak selepas tempoh tertentu,” katanya kepada Arena Me- tro.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan trofi anugerah Kasut Emas Liga Malaysia (Liga M) sebenarnya

 Bakri akui hadiah ‘cap ayam’ calar prestij bola sepak

bukanlah tulen ataupun bersadur

emas, sebaliknya ia hanya but bola biasa yang disembur warna keemasan untuk dihadiahka­n kepada penjaring gol terbanyak.

Lebih mengecewak­an, kasut berkenaan sudah rosak walaupun disimpan rapi seperti disahkan tiga bekas pemenangny­a, Mohd Nizaruddin Yusof, Mohamad Ashari Samsudin dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal.

Bakri berkata, pihak berkaitan terutama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu memandang serius masalah terbabit supaya tiada pihak mempertika­ikan perkara itu hingga menganggap anugerah Kasut Emas tidak bernilai.

“Lebih baik tidak memberikan hadiah berkenaan kepada pemenang kerana jika mengetahui replika terbabit sebenarnya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

“Situasi itu boleh melemahkan moral pemain yang mungkin menganggap keringat dan kesungguha­n mereka tidak dihargai oleh pihak berkaitan,” katanya.

 ??  ?? BAKRI
BAKRI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia