Harian Metro

Muara cetek jejas pendapatan nelayan

-

Miri: Tiga sungai di wilayah utara negeri ini iaitu Sungai Bakam, Sungai Sibuti dan Kuala Niah berdepan masalah muara cetek serius, sekali gus menyukarka­n bot nelayan keluar menangkap ikan ketika air surut.

Malah, bot nelayan hanya berpeluang keluar menangkap menerusi muara sungai berkenaan ketika air pasang. Situasi itu mengehadka­n peluang nelayan menangkap ikan dan menambah rezeki masing-masing.

Tinjauan Harian Metro mendapati nelayan di tiga kawasan berkenaan bergantung kepada pasang surut air di muara sungai itu jika ingin keluar menangkap ikan.

Mereka mendakwa pernah berulang-kali mengadu kepada pihak berkaitan, namun belum ada usaha untuk mengorek atau mendalamka­n muara sungai berkenaan.

Malah, nelayan terbabit memaklumka­n isu itu bukan perkara baru, namun sejak kebelakang­an keadaan semakin kritikal.

Misalnya, di kawasan muara Sungai Bakam, kedalaman air sungai itu kurang 0.5 meter ketika air surut, menyebabka­n hampir mustahil dilalui bot kecil.

Seorang nelayan, Masni Junai, 47, berkata, walaupun cuaca baik dan musim ikan banyak, peluang turun ke laut terbatas.

“Muara cetek menghalang kami keluar menangkap ikan kecuali ketika air pasang, Jika tidak kami t perlu menambat bot di laut dan ia bahaya ketika cuaca tidak menentu dan gelombang besar seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata, sekarang musim menangkap bubuk dan nelayan di tiga kawasan berkenaan perlu menggunaka­n jeti di tempat lain untuk turun ke laut.

Nelayan Sibuti, Anung Abdullah, 45, berkata, komuniti nelayan setempat mengambil inisiatif meletak tiang di tengah muara sungai sebagai penanda bagi memudahkan mencari laluan ketika keluar menangkap ikan.

“Ketika ini, bot atau kapal besar tidak dapat melepasi muara Sungai Sibuti ketika air surut kerana ia amat cetek.

“Situasi sama turut membahayak­an nelayan yang keluar masuk menggunaka­n laluan sama setiap hari,” katanya.

 ??  ?? RAMAI nelayan di utara Sarawak tidak dapat keluar menangkap ikan akibat masalah muara cetek seperti di muara Sungai Bakam di Miri.
RAMAI nelayan di utara Sarawak tidak dapat keluar menangkap ikan akibat masalah muara cetek seperti di muara Sungai Bakam di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia