Harian Metro

Muslihat kenalan 3 bulan

- Garret Dawum am@hmetro.com.my

 Pembantu gudang rugi RM94,250 diperdaya wanita dakwa dari Amerika Syarikat

Seorang pembantu gudang berputih mata apabila rugi RM94,250 selepas ditipu seorang wanita yang dikenali tiga bulan lalu menerusi Facebook.

Lelaki berusia 40 tahun dan berasal dari sini berkenalan dengan wanita itu sejak November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, siasatan mendapati lelaki itu mengenali suspek yang mendakwa dirinya berasal dari Amerika Syarikat dan belajar di universiti swasta di negeri ini.

Beliau berkata, sepanjang berkenalan, wanita itu sering meminta wang daripada mangsa bagi urusan sekolah dan keluargany­a.

“Mangsa memasukkan RM94,250 menerusi empat transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza bermula 10 Januari dan kali terakhir pada 31 Januari lalu.

“Pada awalnya, wanita itu berjanji bapanya sedia membayar semula wang dipinjam daripada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Mustafa berkata, tidak lama kemudian mangsa dihubungi seorang lelaki menerusi Whatsapp dan mendakwa dirinya bapa wanita itu serta memaklumka­n ada kiriman barang yang sampai di Malaysia.

“Selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai ejen syarikat yang mengurus kiriman itu.

“Mangsa diminta memasukkan RM40,800 ke dalam akaun bank sebagai bayaran bagi urusan pengeluara­n barang kiriman terbabit.

“Namun, mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan memaklumka­n perkara itu kepada rakannya sebelum diberitahu dia ditipu serta dinasihatk­an membuat laporan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan dan menasihatk­an orang ramai tidak mudah percaya orang yang dikenali menerusi media sosial serta tidak diketahui latar belakangny­a.

“Orang ramai boleh berhubung dengan pihak JSJK Sarawak atau balai polis berhampira­n bagi mendapatka­n pandangan sekiranya ada sebarang kemusykila­n atau keraguan berhubung perkara seperti itu,” katanya.

 ?? Mustafa Kamal Gani ?? Mangsa memasukkan wang RM94,250 menerusi empat transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza bermula 10 Januari dan kali terakhir pada 31 Januari lalu”
Mustafa Kamal Gani Mangsa memasukkan wang RM94,250 menerusi empat transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza bermula 10 Januari dan kali terakhir pada 31 Januari lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia