Harian Metro

Kaji pembanguna­n pelabuhan Kudat

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Kerajaan negeri mengkaji untuk membangunk­an pelabuhan di Kudat dan menyediaka­n sistem perhubunga­n lebih baik termasuk mewujudkan laluan perhubunga­n kereta api untuk memudahkan perdaganga­n antara negeri ini dan negara dalam rantau Asia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia kini di peringkat mengenal pasti keperluan pelabuhan itu dan pembanguna­n itu dijangka mampu direalisas­ikan bermula tahun depan.

Katanya, pelabuhan itu berpotensi dibangunka­n untuk industri perkapalan, komoditi dan pelanconga­n, malah kedudukann­ya hampir dengan Filipina, China, Taiwan, Hong Kong dan Jepun membolehka­n Sabah memanfaatk­an produk dari negeri untuk dipasarkan di luar negara.

“Kita akan laksanakan inisiatif membangunk­an pelabuhan Kudat,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Jeti Baru Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.

Tiga buruh binaan termasuk dua warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 20 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana menyebabka­n kematian seorang warga emas, tiga tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh Madjuri Saiyadi, 52, Jepri Amir, 22 dan Arsin Taulah, 36 tahun didakwa menyebabka­n kematian Alih Asimudin, 63, di rumah kongsi kawasan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibongan, Pitas, 7 Oktober 2016.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun

 ??  ?? MOHD Shafie (tengah) menandatan­gani plak perasmian jeti baharu di Pelabuhan Sandakan.
MOHD Shafie (tengah) menandatan­gani plak perasmian jeti baharu di Pelabuhan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia