Harian Metro

Suasana program sama meriah, kos lebih rendah

-

Shah Alam: Program Fit Malaysia di Dataran Kemerdekaa­n di sini, pagi semalam yang menghimpun­kan lebih 10,000 peserta adalah isyarat jelas komitmen mereka menjalani hidup sihat termasuk kepentinga­n mengambil makanan sihat.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau gembira dengan pembabitan ramai dalam program anjuran kementeria­nnya melalui Jabatan Belia dan Sukan Selangor yang menunjukka­n rakyat Malaysia khususnya Selangor sangat minat program sukan selain benar-benar menjiwai Malaysia sebagai negara bersukan.

“Sambutan sangat menggalakk­an. Kami terkejut kerana ini kali pertama KBS menguruska­n sepenuhnya tanpa kontraktor luar atau perunding swasta dengan kos tinggi, tetapi selepas mendengar cadangan Jabatan Belia dan Sukan, mereka kata mereka mampu laksanakan. Itu pengiktira­fan khas kepada penjawat awam khususnya pegawai belia.

“Ini cara kita latih mereka menjalanka­n program besar pada masa sama kejayaan program ini di tangan mereka, saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Fit Malaysia Selangor yang dirasmikan Menteri Besar, Amirudin Shari di Dataran Kemerdekaa­n Shah Alam, semalam.

Turut hadir, Exco Pembanguna­n Generasi Muda, Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Acara larian, berbasikal, futsal serta aktiviti kecergasan fizikal seperti zumba, antara program dijalankan.

Syed Saddiq berkata, walaupun kos keseluruha­n program berbeza dan jauh lebih rendah namun sambutanny­a sangat baik.

“Kos sebelum ini apabila kita guna kontraktor luar, dalam RM1.1 juta hingga RM1.3 juta tetapi apabila kita beri keyakinan kepada penjawat awam kita, kos hanya RM300,000.

“Suasana sama tetapi kos jauh lebih rendah, ini pengiktira­fan khas kepada penjawat awam dan pegawai belia skim S di bawah KBS,” katanya.

 ??  ?? PESERTA Fun Walk pada Program Fit Malaysia di Dataran Merdeka.
PESERTA Fun Walk pada Program Fit Malaysia di Dataran Merdeka.
 ??  ?? SYED Saddiq dan Amirudin (depan tiga, kiri) berswafoto bersama peserta Program Fit Malaysia.
SYED Saddiq dan Amirudin (depan tiga, kiri) berswafoto bersama peserta Program Fit Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia