Harian Metro

Polis buru individu dirakam CCTV

-

Jitra: Kes kebakaran membabitka­n sebuah restoran makanan segera di Jalan Seri Cempaka, Pantai Halban, Bandar Darulaman disyaki mempunyai unsur khianat dengan api.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihaknya sedang menjalanka­n siasatan termasuk meneliti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saksi di tempat kejadian termasuk di stesen minyak berhampira­n.

Menurutnya, pihaknya juga turut melakukan siasatan di hospital dan klinik swasta untuk mengesan suspek.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dipanggil ke tempat kejadian dan siasatan mendapati terdapat beberapa kesan cap jari diperoleh pada botol minyak berkenaan.

“Berdasarka­n siasatan awal, premis itu beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari dan kejadian berlaku sekitar jam 5.20 pagi, malah hasil rakaman CCTV juga mendapati terdapat seorang lelaki tidak dikenali memakai baju putih serta penutup kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Ismail berkata, suspek dilihat mencurah minyak dengan botol di hadapan pintu kaca premis berkenaan sebelum menyalakan pemetik api menyebabka­n ia menyambar dan meletup sehingga mengenai suspek.

Menurutnya, suspek melarikan diri, namun kenderaan yang dinaikinya tidak dapat dipastikan setakat ini.

“Hasil temu bual dengan pemilik kedai itu mendapati dia tidak mengesyaki sesiapa, tetapi mempunyai masalah dengan seorang pekerja wanita yang diberhenti­kan kerana masalah disiplin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia