Harian Metro

Ledakan Mbappe ‘musnahkan’ Monaco

- AFP

Kylian Mbappe menegaskan, komitmen masa depannya bersama juara Ligue 1, Paris Saint-Germain tidak perlu dipertikai­kan dan kenyataan itu hadir selepas dia meledak hatrik bagi membantu pasukannya menewaskan Monaco 3-1 awal pagi semalam.

“Saya tetap di sini, saya tidak akan ke mana-mana,” kata Mbappe yang dikaitkan dengan Real Madrid.

“Bagus untuk Real Madrid dengan adanya Zizou (Pengurus Madrid, Zinedine Zidane), saya akan menonton aksi mereka sebagai peminat.”

Hatrik Mbappe yang juga jaringanny­a yang ke-30 dilakukan selepas PSG dinobatkan juara untuk kali keenam dalam tempoh tujuh tahun apabila pencabar terdekat

 Kesetiaann­ya bersama PSG tak perlu dipertikai­kan

mereka, Lille keciciran mata.

Seri tanpa jaringan di Toulouse menyebabka­n Lille ketinggala­n 16 mata di belakang PSG dengan baki lima perlawanan dan keputusan itu disambut meriah oleh pasukan tuan rumah yang gagal meraikanny­a lebih awal dalam tiga aksi sebelum ini.

“Saya gembira, musim ini belum berakhir dan saya mahu menjaringk­an lebih banyak gol,” kata Mbappe.

Neymar yang masuk menggantik­an Layvin Kurzawa pada babak kedua disambut gemuruh penyokong mereka selepas bintang Brazil itu berehat panjang akibat cedera di kaki kanannya sejak 23 Januari lalu.

Edinson Cavani turut beraksi pada babak kedua, bermakna PSG kembali mempunyai trio digeruni lawan.

Mbappe tetap berbisa tanpa kelibat Neymar pada babak pertama selepas menjaringk­an dua gol sebelum rehat dan melengkapk­an hatrik pada minit ke-54 hasil hantaran lintang Dani Alves.

Aleksandr Golovin menjaringk­an gol sagu hati pelawat yang kekal di tangga ke-16 dan empat mata di atas slot play off zon penyingkir­an.

 ??  ?? Neymar (kanan) kembali menyarung jersi PSG selepas berehat sejak Januari.
Neymar (kanan) kembali menyarung jersi PSG selepas berehat sejak Januari.
 ??  ?? MBAPPE (atas) dan Dani Alves meraikan jaringanny­a pada perlawanan bertemu Monaco.
MBAPPE (atas) dan Dani Alves meraikan jaringanny­a pada perlawanan bertemu Monaco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia