Harian Metro

JAMIN BEKALAN AIR PULIH 48 JAM

Peniaga makanan terjejas tutup operasi akibat tiada air

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Syarikat pembekal air diminta mempertimb­angkan rebat kepada peniaga khususnya sektor makanan yang terjejas akibat ketiadaan air bermula esok.

Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKMWP), Sharin Darus berkata, cadangan itu mampu mengurangk­an kos kerugian peniaga kerana berdepan masalah operasi sepanjang krisis.

Menurutnya, rebat berkenaan boleh diberi pada bayaran bulanan bagi April sekali gus memberikan kelegaan kepada peniaga kecil kerana ada diantara mereka perlu menghentik­an operasi sementara.

“Cadangan pemberian rebat

ini adil kepada peniaga kerana ada antara mereka perlu menghentik­an operasi memandangk­an air keperluan utama.

“Jika cadangan ini dipertimba­ngkan, peniaga yang terjejas pasti lega dan ia adalah situasi menang-menang untuk pembekal perkhidmat­an dan peniaga,” katanya.

Untuk rekod, PPPKMWP mempunyai lebih 50,000 ahli dan separuh daripada jumlah itu menjalanka­n perniagaan makanan manakala selebihnya barang keperluan harian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kejiranan Bukit Baru, Nurrizal Ahmad Imran berkata, syarikat pembekal air digesa menempatka­n tangki simpanan air statik di kawasan terjejas bagi memudahkan penduduk mendapatka­n bekalan sepanjang tempoh krisis.

Menurutnya, kemudahan sementara itu perlu kerana majoriti penduduk adalah

Jika cadangan ini dipertimba­ngkan, peniaga yang terjejas pasti lega dan ia adalah situasi menang-menang” Sharin Darus

golongan bekerja dan berada di rumah selepas jam 5 petang tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada lori tangki membekalka­n air hanya pada waktu tertentu.

“Pangsapuri Bukit Baru di Keramat setinggi 21 tingkat dihuni 2,500 penduduk dan pasti sepanjang krisis air selama 86 jam ini ramai yang beratur panjang untuk mendapatka­n bekalan selain perlu menunggu lif.

“Jika tangki air statik disediakan, penduduk tidak perlu tunggu giliran terlalu lama untuk mendapatka­n bekalan air daripada lori tangki,” katanya.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja penambahba­ikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) perlu melaksanak­an segera kerja penyelengg­araan itu bagi mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik sekali gus mengelak gangguan bekalan air tidak terancang kepada pengguna.

Henti tugas LRA SSP2 menyebabka­n gangguan bekalan air hingga 86 jam kepada 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terjejas.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai membeli bekas mengisi air sebagai persediaan menghadapi bekalan terputus.
ORANG ramai membeli bekas mengisi air sebagai persediaan menghadapi bekalan terputus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia