Harian Metro

Enggan pindah tempat lain

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro.com.my

 Peniaga rayu DBKL bersihkan kawasan terjejas untuk sambung perniagaan

Persatuan Peniaga Kecil Bumiputera Wilayah Persekutua­n cawangan Masjid India tetap dengan keputusan tidak mahu berpindah ke kawasan lain kerana ia boleh ‘membunuh’ sumber pendapatan peniaga terbabit.

Ketuanya, Mek Zainab Man berkata, pihaknya merayu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membersihk­an kawasan itu secepat mungkin bagi membolehka­n peniaga menjalanka­n perniagaan seperti biasa.

Beliau berkata, kawasan bazar Melayu Masjid India menjadi lokasi strategik dan pusat tumpuan orang ramai untuk mendapatka­n pakaian dan kelengkapa­n menjelang sambutan hari raya.

“Lebih 150 peniaga bazar di sini tetap dengan keputusan

dan tidak mahu berganjak ke tempat lain kerana sudah lama berniaga di situ.

“Saya sendiri pergi dari gerai ke gerai untuk bertanya kepada peniaga sama ada mereka mahu berpindah sementara ke tempat lain atau tidak.

“Rata-rata peniaga tidak mahu berpindah dan tetap berniaga di situ walaupun DBKL masih belum membersihk­an kawasan itu,” katanya.

Mek Zainab berkata, dia meminta peniaga terbabit dalam kebakaran supaya bersabar dan bertenang kerana pihak berkuasa sedang menjalanka­n siasatan berhubung kejadian.

“Kira-kira 30 peniaga terbabit dalam kejadian itu tidak sabar berniaga semula kerana Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi.

“Kebanyakan mereka memerlukan modal pusingan kerana banyak barangan jualan musnah dalam kebakaran. Sudah tentu mereka nak buka kedai semula dan berniaga seperti biasa kerana tidak mahu menanggung kerugian.

“Mereka mahu DBKL bertimbang rasa dalam hal ini dan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang kanopi dan besi penghadang gerai secepat mungkin.

“Kami tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang mahu memindahka­n kami ke Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) 3 atau ke Lorong TAR 5 kerana kawasan itu bukan kawasan tumpuan,” katanya.

 ??  ?? PENIAGA Abdul Rashid Ali melihat gerainya yang musnah akibat kebakaran di Bazar Melayu Masjid India.
PENIAGA Abdul Rashid Ali melihat gerainya yang musnah akibat kebakaran di Bazar Melayu Masjid India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia