Harian Metro

JERAT HUTANG IKUT TREND

-

 Pengguna perlu bijak urus kewangan dalam rancang persiapan hari raya

jalan pintas memohon pembiayaan peribadi daripada bank.

Walaupun berpeluang menikmati trend musim perayaan seperti orang lain, dalam tidak sedar, mereka sebenarnya terikat dengan hutang tidak kira kecil mahupun besar.

Pengurus Kanan dan Ketua Pengguna Langsung RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd (RAMCI), Zuraidah Ahmad berkata, perbelanja­an ketika musim perayaan tentu menjadi lebih besar sekiranya pengguna ataupun individu terlalu mengambil kira mengenai trend, kempen dan promosi dijalankan.

Beliau berkata, pengguna perlu bijak dalam menguruska­n persiapan ketika perayaan dan mengutamak­an keperluan penting terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain.

“Sebagai persiapan, kita mesti mengetahui mengenai pendapatan kita sebelum berbelanja. Apa yang boleh dilakukan adalah kita melakukan jadual belanja berdasarka­n wang dimiliki.

“Sekiranya boleh, elak terlalu mengikut trend kecuali anda mampu merancang sebaiknya,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Ketika ditanya mengenai pilihan kepada pembiayaan peribadi yang sering kali menjadi pilihan orang ramai sebagai wang tambahan untuk persiapan musim perayaan, Zuraidah berpendapa­t, ia bergantung kepada kemampuan dan skor kredit mereka.

Menurutnya, sebelum memohon apa saja pinjaman, pengguna perlu memastikan mereka memiliki skor kredit pada tahap melepasi paras baik dan paling penting mereka mampu berdepan komitmen bayaran balik seterusnya mengekalka­n rekod kredit.

“Semuanya berbalik kepada kemampuan serta keperluan individu itu sendiri, sekiranya perlu dan mereka mampu untuk menanggung beban hutang kemudianny­a, jadi ia boleh diteruskan atau sebaliknya,” katanya.

Selain itu, bersempena dengan musim hari raya, RAMCI menawarkan orang ramai kemudahan menyemak laporan kredit, i-Score pada harga RM5 dan 60 peratus diskaun bagi FlexiCredi­t atau rebat RM300 pada pembelian RM2,999 di Courts, sah sehingga 30 Jun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia