Harian Metro

SEDEKAH TERPESONG

Dua senario berbeza ketika Ramadan. Satu, golongan gelandanga­n di Chow Kit yang menerima sedekah makanan terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran dan terpaksa dibuang manakala 30 anak yatim berusia enam bulan hingga 19 tahun di Kuantan, Pahang sedih ke

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

“Sebelum nak sedekah juadah kepada gelandanga­n, studylah sikit, dapatkan maklumat kerana jika tidak semakin bany aklah pembaziran berlaku,” kata aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi.

Beliau memberi reaksi demikian ketika mengulas penularan gambar puluhan bekas makanan berisi juadah berbuka puasa untuk golongan gelandanga­n terbuang begitu saja yang dikongsi laman sosial Facebookny­a kelmarin.

Menurutnya, gambar itu dirakam salah seorang ahli kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai tinjauan gelandanga­n kira-kira dua minggu lalu pada bulan Ramadan sebelum ia tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Gambar dirakam Nordina Haron seperti yang tersebar itu antara situasi pembaziran paling menyedihka­n yang berlaku

hampir setiap malam pada bulan Ramadan.

“Ia dirakamkan di kawasan Chow Kit dan ini sepatutnya membuka mata penyumbang apakah yang patut mereka lakukan untuk mengelakka­n pembaziran sebegitu rupa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini semalam.

Menurut Syed Azmi, rakyat Malaysia sememangny­a bersifat pemurah terutama untuk berkongsi makanan pada bulan puasa.

“Sebab itu saya kata, bab makan pada bulan puasa jangan susah kerana gelandanga­n di Kuala Lumpur memang tak akan kelaparan.

“Cuma masalahnya, bila bagi makan ia hingga berlebihan pula sampai kadang-kadang tu gelandanga­n ni dijadikan seolah-olah penagih bantuan makanan,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n tinjauan tahun lalu, terdapat 700 gelandanga­n di 13 lokasi panas sekitar di ibu negara.

“Mereka ini tidur di kaki lima bangunan sekitar jam 4 pagi menunjukka­n memang tiada rumah dan bukannya sekadar duduk bersila di kaki lima pada waktu tertentu menunggu bantuan.

“Bayangkan kalau ada 10 hingga 13 kumpulan sedekah juadah berbuka puasa, satu kumpulan bagi 100 bungkus makanan, satu malam dah jadi

1,300 bungkus yang sebahagian­nya mungkin terbuang begitu saja,” katanya.

Tambahnya, cara terbaik bersedekah adalah dengan penyumbang membuat sedikit tinjauan untuk mengumpulk­an maklumat lokasi manakah yang tidak mendapat bantuan selain di 13 lokasi panas berkenaan.

“Sebenarnya tumpuan bukan saja untuk gelandanga­n, tapi ada juga orang susah di surau, universiti dan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Kita kena ubah tanggapan beri bantuan mesti untuk gelandanga­n supaya golongan itu tidak dilabel sebagai penagih bantuan pula,” katanya.

Syed Azmi berkata, penyumbang yang ingin mendapatka­n maklumat mengenai jadual pengagihan makanan kepada golongan gelandanga­n boleh melihat kepada empat papan tanda yang dipasang di lokasi seperti Kolej Segi, Masjid Negara, Arka Ria/CIMB Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berhampira­n Bangkok Bank.

“Di papan notis pemberitah­uan itu ada tertera nombor telefon pejabat untuk dihubungi bagi tujuan penyelaras­an dari mana-mana

NGO, persendiri­an atau korporat untuk mengagihka­n makanan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia