Harian Metro

Di sana tiada baju raya

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Seramai 30 anak yatim menanti tajaan pakaian sambut Aidilfitri

“Sudah memasuki 19 Ramadan, namun anak yatim di Rumah Perlindung­an dan Penjagaan Kanak-Kanak Casa Harapan, Pahang masih tidak mempunyai baju raya seperti kanak-kanak lain,

kalau dapat sepasang seorang pun kami sudah cukup lega,” kata pengurus rumah berkenaan, Noridani Norhadi.

Noridani berkata, rumah yang terletak di Lorong Tok Sira, Taman Teluk Cempedak, Kuantan beroperasi sejak 2008 dan mempunyai 30 anak yatim berusia antara enam bulan hingga 19 tahun.

“Saya perlu akui tahun ini bantuan kelengkapa­n pakaian raya untuk mereka langsung tiada berbanding tahun lalu.

“Kalau dapat sepasang seorang pun kami lega berikutan anak kerap bertanya bila mereka akan menerima baju raya baru,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, dia ada bertanya beberapa syarikat swasta dan pertubuhan lain mengenai tajaan berkenaan, namun mereka masih dalam pertimbang­an.

“Saya risau berikutan sudah memasuki 19 Ramadan dan berbaki kurang dua minggu, namun saya perlu usahakan sesuatu untuk menggembir­akan hati anak ini merayakan Aidilfitri.

“Kami ketika ini menerima banyak barangan keperluan makanan, tapi kelengkapa­n raya masih tiada,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Bakti Syabab Semalaysia Mohd Fais Md Taib melancarka­n tabung derma untuk membeli kelengkapa­n baju raya untuk anak yatim rumah berkenaan dengan sasaran RM4,500 diperlukan.

“Sudah memasuki 19 Ramadan, tapi anak ini masih menanti untuk ditaja pakaian mereka untuk meraikan Hari Raya.

“Saya berharap kita semua dapat berkongsi kemeriahan Syawal bersama dengan menghulurk­an sumbangan bagi memberikan mereka senyuman,” katanya.

Mohd Fais berkata, pihaknya menyasarka­n sumbangan RM150 seorang bagi 30 kanak-kanak dan remaja di rumah berkenaan.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubung­i Noridani di talian 019-7719636 atau Mohd Fais 012-3012307.

 ??  ?? PENGHUNI Rumah Perlindung­an dan Penjagaan Kanak-Kanak Casa Harapan menunggu bantuan untuk Aidilfitri ini.
PENGHUNI Rumah Perlindung­an dan Penjagaan Kanak-Kanak Casa Harapan menunggu bantuan untuk Aidilfitri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia