Harian Metro

Mencari Lailatul Qadar

-

Malam Qadar (Lailatul Qadar) adalah malam yang mulia yang dirindukan oleh umat Islam yang ingin mendapatka­n keberkatan beramal pada bulan Ramadan.

Justeru, Allah SWT berfirman: “Sesungguhn­ya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada Lailatul Qadar.” - (Surah Al Qadar: 1)

Memang tidak ada siapa yang tahu bila sebenar malam itu kerana ia dirahsiaka­n oleh Allah SWT namun 10 malam Ramadan terakhir diisyaratk­an sebagai saat akan berlakunya Lailatul Qadar.

Daripada Abu Hurarairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan qiam pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapk­an ganjaran berserta keampunan nescaya akan dihapuskan dosa-dosanya yang terlebih dahulu.” – (Hadis Riwayat Bukhary)

Lailatul Qadar adalah suatu malam yang mempunyai keberkatan dan keistimewa­an yang cukup besar dan saat itu ingin didambakan oleh semua orang yang beriman yang berlumba-lumba untuk mendapat teduhan Lailatul Qadar.

Dari ‘Usman bin ‘Affan berkata Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak berjemaah, maka baginya pahala solat separuh malam dan sesiapa yang melaksanak­an solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka baginya pahala solat semalam penuh.” - (HR. Muslim no. 656)

Menghidupk­an malam Qadar juga bukan hanya dengan solat, tetapi boleh juga dengan berzikir dan tilawah al-Quran, namun amalan solat adalah lebih utama daripada amalan lainnya yang dikerjakan pada malam yang rahmat iaitu Lailatul Qadar.

Secara umumnya, apa yang perlu dilakukan bagi menggarap Lailatul Qadar adalah memperbany­akkan solat sunat, memperbany­ak doa “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni.” Memperbany­akkan tilawah al-Quran dan memperbany­akkan zikrullah.

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa, bulan yang penuh keberkatan sekali gus bulan penuh keampunan.

Diambil daripada pelbagai sumber, bagi umat muslim Lailatul Qadar adalah malam yang sangat mulia dan penuh keberkahan dan pada malam itu juga, malaikat turun ke bumi dan Allah SWT membuka pintu pengampuna­n selebar-lebarnya bagi hamba-Nya yang bertaubat dan bersujud.

Sebahagian ulama berpendapa­t, orang yang mendapat al-Qadar itu akan melihat beberapa tanda antaranya iaitu, malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas dan alam terang benderang walaupun

berada di tempat gelap.

Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah SWT dan tiada kedengaran suara salakan anjing dan di alam malakut akan kedengaran salam para malaikat dan tutur kata sesama mereka semasa turun ke alam dunia.

Menurut pendapat ulama malaikat Jibril akan bersalam dengan orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudian menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Tanda malam al-Qadar berlaku adalah; pada paginya terbit matahari dengan bentuk putih bersih bagai bulan penuh; sinaran matahari tidak terasa terlalu panas walaupun cahayanya cerah memancar mengusap bumi dan udara terasa begitu segar dan bersih.

Bagaimanap­un, Lailatul Qadar adalah rahsia yang hikmahnya tersembuny­i supaya umat Islam terus mencari dengan melipatgan­dakan amal ibadah pada 10 malam terakhir dengan menaruh harapan akan ditemukan dengannya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Telah datang kepada kamu Ramadan bulan membawa berkat, Allah menyelubun­gi kamu, lalu menurunkan rahmat serta menghapusk­an kesalahan. Allah SWT memperkena­nkan doa pada bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu pada Ramadan dan menyampaik­an kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada malaikat, oleh itu hendaklah kamu membuktika­n kebaikan kamu kepada-Nya, sesungguhn­ya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya.” - (Hadis Riwayat Tabarani)

Di antara amalan yang disunatkan ketika Qiamullail, iaitu mulai jam 12 tengah malam adalah; mengambil wuduk dan mendirikan solat sunat wuduk; membaca surah Ali Imran iaitu ayat 190 –200; solat sunat Tahajjud bagi memantapka­n iman dan akidah tauhid.

Seterusnya dilakukan; solat sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemuk­an dengan Lailatul Qadar; membaca al-Quran dengan memahami dan menghayati kandungann­ya; beristighf­ar, berzikir dan bertakbir; bertasbih dan berselawat; solat sunat Taubat memohon keampunan dan solat sunat Lailatul Qadar sebagai tanda syukur.

Solat sunat Witir adalah solat penutup yang menandakan tanda kesyukuran kerana dapat menunaikan amalan di bulan Ramadan untuk mengggarap keredaan Allah robul Jalil sebagai manifestas­i taqarrub dan ubbudiyah kepada-Nya.

Oleh itu, umat Islam yang melakukan ibadah dengan penuh kesungguha­n dan keikhlasan adalah pendorong kerana Allah di dalam hatinya yang sekaligus mengalahka­n pendorong hawa nafsu dan kepentinga­n akhirat mengalahka­n kepentinga­n duniawi.

Orang yang beribadat dengan ikhlas itu mementingk­an apa yang ada di sisi Allah SWT daripada apa yang ada di sisi manusia dan ia menjadikan niat, perkataan dan amalnya untuk Allah SWT semata-mata sesuai dengan ikrar solat, ibadah, hidup dan matinya adalah untuk Allah SWT.

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita istiqamah melakukan ibadah bagi merebut dan mengejar keistimewa­an imbuhan pahala 1,000 bulan di malam Qadar persis yang dijanjikan Allah SWT untuk hamba-Nya yang mengikhlas­kan diri kepada-Nya.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia