Harian Metro

Majikan contoh

- Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

 Arwah Faziani buat caruman untuk pekerja dan diri sendiri tanpa pengecuali­an

Pengasas produk kecantikan Dnars, arwah Faziani Rohban Ahmad dianggap majikan contoh kerana mengutamak­an kebajikan pekerja dengan membuat caruman secara teratur tanpa pengecuali­an.

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), Nora Yaacob berkata, syarikat itu patuh kepada Akta Keselamata­n Sosial Pekerja (AKSP) 1969 melalui Rohban Trade Sdn Bhd

Katanya, arwah mencarum di bawah Akta 4 AKSP 1969 yang melindungi pekerja dan majikan yang mengalami kemalangan, kematian, keilatan serta pencen penakat.

“Mereka membayar caruman kepada kami dengan baik dan teratur bahkan arwah Faziani selaku pemilik syarikat turut membuat caruman Perkeso tanpa pengecuali­an.

“Keprihatin­an arwah membuat caruman kepada pekerjanya dan mencarum untuk dirinya sendiri patut dijadikan contoh oleh majikan lain serta diangkat sebagai ikon dalam kalangan majikan Perkeso Kelantan.

“Perkeso mendapati arwah Faziani ialah pencarum setia dan semakan mendapati dia memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat,” katanya di kediaman arwah Faziani, 40, di Kampung Paloh di sini, semalam.

Nora berkata, pihaknya menyampaik­an tuntutan suami arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, yang akan menerima secara bulanan RM2,212 seumur hidup.

“Untuk syer pencen bahagian anak arwah pula akan diterima sehingga mereka berusia 21 tahun manakala bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 sudah dikreditka­n dalam akaun suami arwah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shah Rizal berkata, arwah isterinya sangat mementingk­an kebajikan dan menitikber­atkan keselamata­n pekerja. “Caruman untuk pekerja sentiasa dibuat secara berterusan tanpa pengecuali­an kerana mengambil kira kebajikan mereka jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? NORA (dua dari kiri) menyerahka­n bayaran FPM kepada Ahmad Shah Rizal ketika melawat ke rumah mangsa di Kampung Paloh, semalam.
NORA (dua dari kiri) menyerahka­n bayaran FPM kepada Ahmad Shah Rizal ketika melawat ke rumah mangsa di Kampung Paloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia