Harian Metro

Khianat api

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

 Dua pencuci tayar lori didakwa sebabkan kerosakan dua kereta milik Pengarah MPS

Dua pencuci tayar lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini, atas tuduhan melakukan khianat dengan api terhadap dua kereta milik Pengarah Jabatan Penguatkua­sa dan Keselamata­n, Majlis Perbandara­n Selayang (MPS), 13 Mei lalu.

Bagaimanap­un, Muhammad Yasifullah Abdul Gani, 30, dan Muhammad Asyraf Che Khalid, 23, mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih bebas melakukan khianat dengan api dengan niat sedemikian dalam pengetahua­n mungkin akan menyebabka­n kerosakan

kepada harta Nor Hayati Ahmad, 40, iaitu dua kereta dengan anggaran kerugian RM500.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kediaman Nor Hayati di Taman Muhibbah, Rawang pada jam 12.44 pagi, 13 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 435, Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh.

Peguam Samreer Singh yang mewakili Muhammad Yasifullah dan peguam Azman Abdullah yang mewakili Muhammad Asyraf memohon mahkamah memberikan jaminan rendah kepada kedua-dua tertuduh atas alasan mereka menyara keluarga.

Mahkamah kemudian membenarka­n kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan dilarang menganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Jun ini. Media sebelum ini melaporkan pegawai kanan MPS itu menerima ancaman daripada individu tidak dikenali apabila kediamanny­a di Taman Muhibbah, dibaling cat dan

Nor Hayati mengesahka­n kejadian pada 13 Mei lalu itu adalah yang kedua selepas ancaman pertama pada 28 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia