Harian Metro

Ammar mengaku curang

-

Kuala Lumpur: Pelakon filem Paskal, Ammar Alfian akhirnya mengaku dia berlaku curang seperti didakwa isterinya, Nelissa Nezam di Instagram, Isnin lalu.

Ammar, 32, atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkata, dia sudah meminta maaf berkali-kali terhadap isterinya berhubung perkara itu.

“Saya tahu apa saya lakukan salah. Saya sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pada isteri saya. Tapi, ini hukuman yang saya dapat daripada dia. Saya reda dan terima kerana ini semua daripada Allah.

“Dalam bulan

Ramadan ini, saya meminta maaf kepada semua. Saya berdosa dan percaya

Allah akan memaafkan hambanya yang datang kepada-Nya,” katanya.

Dalam status dimuat Selayang: Kerajaan tidak menetapkan harga minimum penjualan ayam, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, sehubungan itu peniaga ayam bebas menjual bahan makanan itu kepada pelanggan tanpa penetapan harga lantai.

“Kami menggalakk­an persaingan dalam kalangan peniaga naik di Instagram semaam, Ammar berkata, fokusnya kini pada anak lelaki yang bakal dilahirkan, selain ingin menyelamat­kan perkahwina­n yang dibina pada Mac 2016.

“Ini kenyataan saya terakhir mengenai isu ini. Tolong hormati perkahwina­n saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwina­n saya.

“Saya harap perjalanan hidup tenang dan dekat pada Allah selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Nelissa ketika dihubungi berkata, dia tidak kisah dengan apa pun tindakan Ammar selepas ini.

Nelissa yang juga bekas penyampai berita di sebuah stesen televisyen berbayar berkata, buat masa sekarang dia tidak mahu diganggu kerana ingin memberi fokus kepada kehamilann­ya yang kini mencecah enam bulan.

Terdahulu, Nelissa mendedahka­n perbualan WhatsApp dengan Ammar di Instagram Story yang membuktika­n pelakon itu berlaku curang terhadapny­a.

 ??  ?? AMMAR
AMMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia