Harian Metro

Tipu jual beli tanah, rumah

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Suri rumah perdaya warga emas babit kerugian RM135,000 kena penjara 28 bulan

Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara 28 bulan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menipu seorang warga emas dalam urusan jual beli tanah dan rumah membabitka­n kerugian RM135,000 tujuh tahun lalu.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Noor Azizah Ibrahim, 45, mengaku salah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Mustafa Ali, 67, dalam urusan jual beli tanah dan rumah milik tertuduh di Mukim Kuala Ibai Kuala Terengganu yang dijual kepada orang lain sehingga

mendorong mangsa memindahka­n RM45,000 ke akaun tertuduh di sebuah bank di daerah ini, jam 2.42 petang pada 2 Mei 2012.

Selain itu, tertuduh turut melakukan kesalahan sama sehingga mendorong mangsa menyerahka­n RM45,000 masing-masing pada jam 1.13 petang pada 11 Jun 2012 dan jam 11.12 pagi pada 2 Julai 2012.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 28 bulan. Bagaimanap­un, mahkamah mengarahka­n hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh tangkap iaitu 14 November 2018.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa menandatan­gani surat pindah milik tanah, bahagian atau pajakan di Pejabat Tanah Negeri Terengganu pada 2 Julai 2012 selepas membeli tanah dan rumah daripada tertuduh.

Pada 20 September 2012, mangsa sekali lagi pergi ke Pejabat Tanah Negeri Terengganu dengan tujuan mahu menukar nama pemilik tanah dan rumah namun dimaklumka­n ia dimiliki beberapa pihak lain.

Hasil pemeriksaa­n mendapati tanah dan rumah itu dijual tertuduh kepada orang lain sebelum dijual kepada mangsa dan mangsa tidak mengetahui kejadian berkenaan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? NOOR Azizah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
NOOR Azizah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia