Harian Metro

3 tahun dah kemo

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Luluh hati ibu melihat si kecil yang baru berusia tiga tahun menahan kesakitan selepas menjalani sesi kemoterapi akibat kanser kelenjar adrenal

Lebih malang apabila penyakit anaknya itu hanya dapat dikesan apabila kanser sudah memasuki peringkat keempat.

Suri rumah, Norasanah Asmo, 36, berkata, anaknya, Muhamad Muazzudin Mohd Hayat sebelum ini aktif namun tahap kesihatann­ya menurun sejak beberapa bulan lalu.

Justeru, dia membawa

anak keempat daripada lima beradik berkenaan ke Hospital Jitra, Kedah beberapa kali namun doktor mendapati Muhamad Muazzudin menghidap penyakit anemia.

Sehinggala­h pada 12 Mei lalu, Muhamad Muazzudin tiba-tiba sesak nafas dan dirujuk segera ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari yang sama. “Ketika disahkan menghidap kanser, saya bagai hilang arah dan tidak menduga anak sekecil itu sudah menerima dugaan besar, malah terpaksa menjalani kemoterapi dengan segera.

“Tidak pasti sama ada kami sekeluarga akan menyambut hari raya di hospital atau pulang ke rumah buat sementara, semuanya bergantung kepada keadaan kesihatan Muhamad Muazzudin,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurut Norasanah, dia berulang-alik dari Kampung Teluk Nibong, Jitra dengan

 Budak hidap kanser kelenjar adrenal tahap keempat kini dirawat di HPP

menaiki kereta sewa untuk rawatan Muhamad Muazzudin di HPP beberapa kali sebulan.

Ini kerana dia tiada kenderaan manakala suaminya, Mohd Hayat Mohamad Abdullah, 36, yang bekerja sebagai pemandu bas di Kuala Lumpur hanya dapat pulang sebulan sekali menjenguk keluarga.

“Pendapatan­nya sebanyak RM1,600 sebulan hanya cukup untuk menyara keluarga,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank milik Norasanah Asmo yang bernombor 1640617421­44.

 ??  ?? NORASANAH melihat anaknya, Muhamad Muazzudin yang menghidap penyakit kanser di Hospital Pulau Pinang.
NORASANAH melihat anaknya, Muhamad Muazzudin yang menghidap penyakit kanser di Hospital Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia