Harian Metro

Mati bawa ketum 250kg

- Muhamaad Razis Ismail am@hmetro.com.my

 Lelaki maut, rakan cedera selepas kereta dikejar polis terbabas langgar kedai buah

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta yang penuh dengan daun ketum terbabas melanggar kedai buah di Kampung Gemang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, pemandu kereta Myvi berusia 23 tahun berasal dari Pasir Mas maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala penumpang hadapan berusia 35 tahun yang cedera dikejarkan ke Hospital Jeli.

Pemeriksaa­n lanjut menemui 250 kilogram (kg) daun ketum dianggarka­n bernilai RM6,000.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superinten­dan Ahmad Ariffin berkata, ketika kejadian anggota polis sedang membuat rondaan sebelum terserempa­k dengan kereta yang dalam keadaan mencurigak­an di Kampung

Salor di sini.

Katanya, kereta itu terus memecut laju menghala ke Tanah Merah untuk mengelak daripada ditahan polis.

“Kita mengejar suspek sejauh 20 kilometer (km) dan sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kedai buah di kiri jalan.

“Pemandu kereta maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan cedera. Pemeriksaa­n lanjut menemui bungkusan plastik hitam berisi 250 kilogram daun ketum di tempat duduk penumpang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, polis percaya suspek melalui jalan tikus untuk mengelakka­n sekatan jalan raya di Batu Melintang selepas mengambil daun ketum di negeri di utara.

“Suspek dipercayai menjadi orang upahan mengambil bekalan daun ketum untuk dibawa masuk ke negeri ini dengan menggunaka­n kereta sewa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya. Sementara itu, pemilik kedai buah, Mohamad Che Ismail, 37, berkata ketika kejadian dia baru selesai bersahur dan bersiap untuk ke masjid.

“Secara tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi brek sebelum disusuli dentuman kuat di kedai yang terletak 10 meter dari rumah.

“Saya keluar dan terkejut melihat sebuah kereta merempuh kedai buah sehingga roboh,” katanya yang kerugian RM3,000.

 ??  ?? MOHAMAD menunjukka­n gerainya yang dirempuh oleh sebuah kenderaan kepada Ahmad Arifin (kiri) di Kampung Gemang.
MOHAMAD menunjukka­n gerainya yang dirempuh oleh sebuah kenderaan kepada Ahmad Arifin (kiri) di Kampung Gemang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia