Harian Metro

Tak pinggir golongan pedalaman

- Safuri Kamarudin am@hmetro.com.my

 Penduduk Kampung

Ulu Tawar gembira terima kunjungan Harian Metro

Penduduk Kampung Ulu Tawar, Mukim Bakai bersyukur apabila kampung itu terpilih sebagai lokasi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), esok.

Imam masjid Al-Hidayah Abdul Wahab Che Li berkata, mereka gembira ada pihak sudi menjalanka­n kerja kebajikan di kampung terbabit terutama pada Ramadan mulia ini.

Walaupun kampung itu jauh di pedalaman, dipenuhi hutan serta kebun di sepanjang jalan, ia sering dikunjungi orang ramai kerana kampung terbabit berdekatan pusat peranginan Hutan Lipur Bukit Hijau dan air terjun Sungai Sedim.

“Kami berbesar hati dengan kunjungan Harian Metro baru-baru ini untuk mengadakan

program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Allah mengatur perkara yang baik terutama dalam kerja kebajikan yang dituntut dalam Islam, ” katanya, semalam.

Meskipun terpencil, infrastruk­tur disediakan kerajaan lengkap seperti sekolah, masjid,surau,bekalan elektrik dan air.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ismail Awang berkata, program TKHM yang julung kali diadakan di kampung mereka membuktika­n keprihatin­an dan tidak meminggirk­an kawasan luar bandar.

Bagi mereka, program itu mampu mengurangk­an beban penduduk yang terpilih menerima sumbangan.

“Sekurang-kurangnya penerima sumbangan dapat bergembira menyambut Aidilfitri tahun ini.

“Malah, kami juga dapat mengeratka­n silaturahi­m antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarang Eksekutif Komersial HM merangkap Pengerusi Penganjur TKHM 2019, Husain Jahit berkata, program TKHM dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) itu kali kedua selepas diadakan di Kampung Balun, Slim River, Perak, minggu lalu.

Beliau berkata, program terbabit memberi kegembiraa­n kepada golongan yang tidak bernasib baik untuk menyambut hari raya dengan lebih meriah.

“Lebih 250 penerima menerima sumbangan barangan makanan dan pakaian raya untuk kanak-kanak.

“Anak yang terpilih dibawa ke Jakel Sungai Petani untuk membeli-belah dengan dibantu lebih 100 sukarelawa­n, ” katanya. Shah Alam: Kotak Rezeki Harian Metro 2019 mula diagihkan kepada golongan sasar di seluruh negara dan dijangka berakhir 31 Mei depan.

Pengarang Eksekutif Komersial Harian Metro, Husain Jahit berkata, pengagihan itu membabitka­n 500 kotak besar dan 5,000 kotak bersaiz kecil.

“Pengagihan Kotak Rezeki bersaiz besar bermula hari ini (semalam) sehingga 27 Mei manakala pengagihan kotak rezeki kecil bermula 28 hingga 31 Mei depan.

“Hari ini, Kotak Rezeki dihantar di beberapa lokasi di Johor, Melaka, Kelantan dan Terengganu manakala Negeri Sembilan dan Pahang diagihkan esok (hari ini).

“Pada 25 Mei ia diagihkan ke Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur manakala ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Pahang pada 27 Mei,” katanya.

Husain berkata, bagi 5,000 kotak bersaiz kecil diagihkan kepada lapan agensi kerajaan di Selangor.

“Penerima kotak kecil terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis trafik, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), masing-masing menerima 450 kotak.

“Sebanyak 1,500 kotak kecil diagihkan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bersama penaja antaranya Julie’s dan Double Lion serta pengurusan KLIA.

“Agihan kotak kecil ini membabitka­n sekitar Selangor sahaja, tetapi terpulang pada agensi masing-masing mengagihka­n di luar atau dalam Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, kali ini, selain Kotak Rezeki Harian Metro, ada juga Kotak Rezeki daripada Julie’s Biscuits untuk tujuan sama.

“Setiap penerima mendapat 10 Kotak Rezeki bersaiz besar dari Harian Metro dan 10 kotak daripada Julie’s Biscuit dengan jumlah setiap penerima 20 kotak.

“Antara barangan disumbangk­an dalam kotak besar adalah beras, minyak masak, tepung, gula, Milo, bihun, kordial sirap, teh uncang, susu pekat, biskut, sardin dan Double Lion Cordial.

“Barangan dalam kotak rezeki kecil mengandung­i kurma, kek Chiffon, air kotak, air mineral, Double Lion Cordial dan Biskut Julie’s Love Letter,” katanya.

 ??  ?? KELUARGA kurang berkemampu­an yang terpilih menerima sumbangan pada TKHM dengan kerjasama PLUS di Kampung Ulu Tawar.
KELUARGA kurang berkemampu­an yang terpilih menerima sumbangan pada TKHM dengan kerjasama PLUS di Kampung Ulu Tawar.
 ??  ?? PEKERJA memasukkan barangan sumbangan ke dalam Kotak Rezeki Harian Metro 2019 di Balai Berita Shah Alam, semalam.
PEKERJA memasukkan barangan sumbangan ke dalam Kotak Rezeki Harian Metro 2019 di Balai Berita Shah Alam, semalam.
 ?? Abdul Wahab Che Li ?? Kami berbesar hati dengan kunjungan Harian Metro baru-baru ini untuk mengadakan program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.”
Abdul Wahab Che Li Kami berbesar hati dengan kunjungan Harian Metro baru-baru ini untuk mengadakan program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia