Harian Metro

Lima hakim tolak rayuan

- Bernama

 Mahkamah Persekutua­n tak izin Ahmad Zahid peroleh pasport untuk tunai umrah

Mahkamah Persekutua­n, semalam menolak rayuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatka­n pasportnya daripada mahkamah untuk mengerjaka­n umrah di Makkah.

Panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Azahar Mohamed sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zahid yang menghadapi 47 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah (CBT) dan rasuah.

Anggota panel hakim yang lain ialah Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun and Datuk P Nallini.

Ketika menyampaik­an keputusan itu, Azahar berkata, panel mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Kuala

Lumpur, Collin Lawrence Sequerah memutuskan dengan cukup bijak dan mengambil kira semua faktor yang relevan dalam menolak permohonan Ahmad Zahid.

Katanya, mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi sudah memberi alasan mengapa beliau tidak menggunaka­n budi bicara dalam menyokong permohonan perayu (Ahmad Zahid).

“Hakim Mahkamah Tinggi mempertimb­angkan bahawa Ahmad Zahid menghadapi tuduhan serius dan banyak dan pembatalan permohonan­nya dibuat untuk mencegah terjadinya pelanggara­n terhadap peraturan jaminan.

“Kami mendapati bahawa tiada sebab yang sahih untuk kami mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Justeru, kami menolak rayuan ini dan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Ahmad Zahid tidak hadir di mahkamah kerana ke Pekan bagi menghadiri upacara pemakaman Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mangkat, kelmarin.

Panel itu membuat keputusan selepas mendengar hujah daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi yang bertindak sebagai pendakwaan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Mei tahun ini yang menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mei tahun ini, yang menolak permohonan­nya untuk memulangka­n pasportnya sementara untuk mengerjaka­n umrah.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid
DR Ahmad Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia