Harian Metro

Perbankan kekal stabil hadapi kelemahan ekonomi

-

Kuala Lumpur: Moody’s Investors Service berkata unjurannya terhadap sistem perbankan Malaysia kekal stabil berikutan penampan penyerap kerugian akan mengurangk­an potensi peningkata­n kos kredit dan keberuntun­gan yang sederhana untuk tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

Naib Presiden dan Pegawai Kredit Kanannya, Alka Anbarasu berkata, bank berada pada kedudukan yang baik dalam menangani cabaran berhubung kelemahan ekonomi Malaysia dan sektor minyak dan gas.

“Selain itu, bank juga mampu berdepan cabaran harta tanah dan pembinaan yang terjejas, disokong terutamany­a oleh rizab kerugian pinjaman dan nisbah modal yang kukuh,” katanya.

Menurutnya, kelembapan perdaganga­n, pelaburan swasta dan perbelanja­an kerajaan akan mempengaru­hi pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang sederhana pada kadar 4.4 peratus pada 2019 dan 4.3 peratus pada 2020.

Bagaimanap­un, permintaan dalam negeri swasta akan kekal disokong oleh kedudukan pekerjaan yang kukuh dan pertumbuha­n upah.

Menurutnya, walaupun risiko aset akan meningkat, prestasi pinjaman keseluruha­n seharusnya kekal stabil dengan penampan kerugian pinjaman yang kukuh adalah mencukupi untuk menyerap potensi kenaikan terhadap delikuensi.

Rizab kerugian pinjaman bagi kebanyakan bank yang diberi penarafan meningkat pada 2018 susulan pelaksanaa­n Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9.

“Meskipun keuntungan yang rendah, bank boleh meraih modal mencukupi untuk menyokong pertumbuha­n aset menerusi pengoptimu­man aset berwajaran risiko dan pelaburan semula dividen. Mengesahka­n daya tahannya, nisbah modal seluruh sistem masih mematuhi keperluan peraturan walaupun dalam keadaan tekanan,” katanya.

Menurutnya, keberuntun­gan akan merosot disebabkan oleh pertumbuha­n aset yang perlahan dan persaingan sengit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia