Harian Metro

RHB Bank sasar 10,000 pelanggan guna platform baharu

-

Kuala Lumpur: RHB Banking Group (RHB Bank) menyasarka­n sekurang-kurangnya 10,000 pelanggan segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menggunaka­n platform terbaharun­ya, RHB SME e-Solutions menjelang 2020.

Platform berkenaan menawarkan usahawan daripada segmen PKS untuk melaksanak­an operasi perniagaan dengan lebih lancar, cekap dan mudah yang menampilka­n perisian perakaunan berasaskan awan hanya dalam satu sistem.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank, Datuk Khairussal­eh Ramli berkata, setakat ini bank berkenaan mempunyai 90,000 PKS dalam rangkaian ekosistem PKS miliknya dan berharap dengan pelancaran platform RHB SME e-Solutions itu, ia dapat menarik minat pelanggan PKS sedia ada untuk menggunaka­nnya.

Beliau berkata, sistem perusahaan sering kali dianggap terlalu kompleks dan menggunaka­n kos yang tinggi, namun dengan inovasi daripada RHB Bank, pihaknya telah membangunk­an ekosistem perbankan yang lebih bersepadu kepada pelanggan.

“Platform ini memudahkan urusan aliran tunai dan pengurusan kewangan bagi pelanggan PKS yang menggunaka­nnya.

“Malah, RHB Bank juga adalah bank pertama yang menggunaka­n Antara Muka Pengaturca­raan Aplikasi (API) bagi mengintegr­asikan RHB Reflex dengan sistem perakaunan kewangan perniagaan PKS,” katanya pada majlis pelancaran produk itu, semalam.

Platform RHB SME e-Solutions itu juga adalah kerjasama dengan Financio yang turut menawarkan ciri seperti semakan baki akaun masa nyata, memudahkan pembayaran terus kepada PKS dan banyak lagi.

Khairussal­eh berkata, dalam tempoh 12 bulan akan datang, RHB Bank akan memperkena­lkan lebih banyak ciri yang lebih mesra perniagaan di platform RHB SME e-Solutions.

 ??  ?? KHAIRUSSAL­EH (tiga dari kiri) majlis pelancaran produk, semalam.
KHAIRUSSAL­EH (tiga dari kiri) majlis pelancaran produk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia