Harian Metro

Dijangka beri kesan negatif

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) menjangkak­an pelaksanaa­n cukai soda seperti yang dirancang untuk minuman bergula bermula 1 Julai depan dan pengeluara­n permit import (AP) akan memberi kesan negatif kepada pencapaian syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, pihaknya turut mengunjurk­an pasaran ringgit akan terus lemah berbanding dolar Amerika bagi tempoh beberapa bulan berikutnya dan bertambah baik pada suku keempat tahun ini.

Beliau berkata, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran di samping pasaran yang kurang memberangs­angkan, MSM akan memberikan

fokus kepada kepemimpin­an pasaran tempatan dan meluaskan jejak serantau.

“MSM akan terus meningkatk­an kepelbagai­an produk, menerokai peluang untuk kerjasama komersial, melupuskan aset bukan teras dan melaksanak­an inisiatif penjimatan kos.

“Seperti yang dijangkaka­n permulaan bagi tahun 2019 adalah sukar berikutan cabaran yang dihadapi dari pelbagai sudut, bukan saja kita, malah dihadapi oleh pengeluar gula seluruh dunia.

“Kami sentiasa melaksanak­an pelbagai mekanismE lindung nilai strategik bagi mengurangk­an impak daripada ketidakten­tuan harga dan mata wang memandangk­an kos operasi MSM bergantung kepada harga gula mentah dunia dan tukaran asing,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Prestasi MSM untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2019 terkesan berikutan harga gula yang rendah serta peningkata­n 15 peratus dalam pengeluara­n AP dan penurunan mendadak jumlah eksport.

Untuk tempoh dikaji, MSM, pengeluar gula bertapis terkemuka negara mencatatka­n penurunan 12 peratus dalam hasil kepada RM485.62 juta berbanding RM549.06 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia