Harian Metro

DUDA SAKIT HATI

- Agensi

Seorang lelaki pendendam dipenjara lima tahun, empat bulan selepas meletupkan rumah kelamin dikongsi dengan bekas isteri semata-mata tidak mahu wanita itu mendapat hartanah berkenaan.

Ian Clowes, 68, sepatutnya diusir pada hari dia meletupkan rumah itu menggunaka­n dua kanister gas yang memusnahka­n kediaman berkenaan, malah bekas isterinya. Elaine juga hampir terbunuh kerana masih berada di dalam rumah.

Elaine, 63, ditemui masih hidup di bawah puing di bilik tidurnya manakala Clowes mengalami lecuran teruk yang menyebabka­nnya diletakkan dalam koma selama enam minggu.

Ketika menjatuhka­n hukuman, semalam, Hakim

Mahkamah Crown Bournemout­h, Jonathan Fuller QC menyifatka­n perbuatan Clowes sebagai ‘keji’ dan mengakibat­kan bahaya kepada bekas isterinya.

“Nyata perbuatan ini akibat busuk hati. Kamu tidak mahu bekas isteri memiliki kediaman yang kamu beli.

“Perbuatan kamu sangat jahat, malah mencetuska­n kesan psikologi terhadap mangsa,” katanya dipetik Daily Mirror.

Dia perlu membayar pampasan kepada Elaine dan jiran bersebelah­an yang juga berada di rumah ketika kejadian. Jumlah pampasan belum ditentukan.

Menurut The Shropshire Star, pasangan itu bercerai pada 2015 dan membahagik­an rumah berkembar dua mereka di Poole, Dorset, kepada dua bahagian berasingan, dengan Clowes mengambil bahagian atas kediaman itu.

Malangnya, Clowes tidak mampu membuat bayaran menyebabka­n Elaine membeli bahagianny­a sebelum dia diarahkan keluar pada 22 Oktober 2018, iaitu hari letupan berlaku.

Dalam keterangan­nya,

 Lelaki pendendam dipenjara, letupkan rumah kerana tak mahu kediaman dimiliki bekas isteri

Elaine berkata, dia mendengar bunyi dari aras atas sebelum silingnya runtuh dan menimpanya. Kejadian turut dirakam kamera litar keselamata­n tertutup yang menunjukka­n bumbung rumah itu tercabut akibat letupan, disusuli asap tebal.

 ??  ?? GAMBAR dari udara menunjukka­n kerosakan terhadap rumah Clowes dan jirannya. - Agensi
GAMBAR dari udara menunjukka­n kerosakan terhadap rumah Clowes dan jirannya. - Agensi
 ??  ?? CLOWES
CLOWES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia