Harian Metro

Selamat 50 budak

- AFP

Polis antarabang­sa, Interpol berkata, sembilan orang ditahan di Thailand, Australia dan Amerika Syarikat (AS) manakala 50 kanak-kanak diselamatk­an selepas penyiasat berjaya menumpaska­n rangkaian fidofilia dalam talian.

Lebih banyak tangkapan dijangka dilakukan dengan polis di hampir 60 negara menyiasat operasi Interpol yang dilancarka­n dua tahun lalu di satu laman ‘dark web’ yang mempunyai 63,000 pengguna di seluruh dunia.

Lima puluh kanak-kanak diselamatk­an susulan tangkapan berkenaan. Polis cuba mengenal pasti 100 lagi gambar yang dikongsika­n di situ.

Menurut Interpol, Operasi Blackwrist bermula selepas bahan ditemui yang dikaitkan dengan laman web berasaskan

langganan di ‘dark web’ di mana orang ramai boleh menggunaka­n perisian tersulit untuk menyelindu­ngkan identiti.

Laman ‘dark web’ tidak boleh ditemui menggunaka­n enjin carian dan pengguna mesti memiliki alamat URL khusus untuk memasuki sesuatu lokasi.

Siasatan Interpol mendapat bantuan agensi kebangsaan di seluruh dunia, dengan jabatan Siasatan Keselamata­n Dalam Negeri (HSI) Amerika Syarikat (AS) akhirnya menemui alamat IP laman berkenaan di mana gambar serta video baru dimuat naik setiap minggu.

Tangkapan pertama dibuat

 Sembilan ditahan di tiga negara dalam siasatan Interpol terhadap rangkaian fidofilia ‘dark web’

pada awal 2018 apabila pentadbir utama laman berkenaan, Montri Salangam ditahan di Thailand manakala seorang lagi, Ruecha Tokputza di Australia.

Salangam yang turut menjadikan anak saudara lelakinya mangsa, dihukum penjara 146 tahun oleh mahkamah di Thailand pada Jun tahun lalu. Rakannya yang juga guru tadika dipenjara 36 tahun. Tokputza pula dipenjara 40 tahun pada akhir perbicaraa­nnya di Adelaide, Australia, Jumaat lalu iaitu tempoh hukuman paling lama bagi kesalahan seksual di negara itu.

Associated Press Australia melaporkan, Tokputza, 31, mengaku salah atas 50 tuduhan mendera secara seksual 11 bayi dan kanak-kanak termasuk seorang berusia 15 bulan antara 2011 hingga 2018.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Liesl Chapman berkata: “Kamu mimpi ngeri kanak-kanak, ditakuti ibu bapa dan ancaman kepada masyarakat.”

Interpol tidak mengenal pasti suspek lain yang ditahan.

Atase HSI di Bangkok, Eric McLoughlin berkata dalam satu kenyataan, ‘pelbagai tangkapan’ dibuat di AS termasuk membabitka­n suspek yang ‘memegang jawatan yang memerlukan kepercayaa­n awam,’ malah seorang daripadany­a mendera secara seksual adik lelaki tiri berusia dua tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia