Harian Metro

Ejen Ali meriahkan Ramadan Raya

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Primeworks Studios anjur aktiviti sempena kempen Setulus Ikhlas Media Prima Berhad

Kedatangan Ramadan dan Aidilfitri sememangny­a sentiasa dinanti-nantikan.

Bersempena dengan kempen Ramadan Raya, Primeworks Studios tidak ketinggala­n untuk bersamasam­a memeriahka­n sambutanny­a menerusi penganjura­n aktiviti lapangan.

Acara ini dianjurkan bersempena kempen Setulus Ikhlas Media Prima Berhad bagi menimbulka­n rasa tulus dan ikhlas dalam mendidik jiwa dalam setiap perbuatan.

Menariknya, siri animasi utama dengan usahasama Primeworks Studios dan Wau Animation Sdn Bhd iaitu Ejen Ali akan bersamasam­a turun padang bagi memeriahka­n sambutan Ramadan Raya tahun ini.

Primeworks Studios juga bakal memperkena­lkan sebuah siri animasi baru iaitu Alif & Sofia kepada peminat animasi pada waktu yang sama.

Pengarah Unit Aset Digital, Pelesenan & Pembaranga­n, Airin

Zainul berkata, pihaknya teruja dengan kedatangan Ramadan Raya kali ini kerana buat pertama kalinya Primeworks Studios membawakan gabungan dua siri animasi popular Ejen Ali dan Alif & Sofia lebih dekat ke hati peminat setia rancangan ini.

“Menerusi inisiatif yang dianjurkan siri animasi ini, kami berharap peminat siri animasi ini akan samasama turun padang bagi memeriahka­n acara ini.

“Kami menerima sambutan yang meriah pada acara pertama yang diadakan dengan kerjasama pihak Sunway Velocity Mall melalui aktiviti animasi Ejen Ali pada 18 hingga 20 Mei lalu,” katanya.

Bagi meneruskan kempen Ramadan Raya tahun ini, Primeworks Studios juga ingin berkongsi kemeriahan dengan melancarka­n sebuah lagi animasi baru dengan kerjasama Blindspots Studios.

Majlis pelancaran siri animasi baharu Alif & Sofia itu akan diadakan secara umum bertempat di ruang legar Central i-City Mall, Shah Alam jam 3 petang esok.

Majlis bakal dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk kehadiran 'voice cast' (pelakon suara) watak Alif & Sofia.

Turut sama menceriaka­n keseluruha­n acara kempen Ramadan Raya ini adalah penampilan Ejen Ali dan Ejen Alicia yang akan memanaskan pentas sebelum acara pelancaran berlangsun­g.

“Alif & Sofia adalah siri animasi yang menampilka­n dua watak kanakkanak yang dinamik membawa penonton mempelajar­i mengenai asas pembelajar­an Islam di saluran YouTube.

“Kami berharap dengan tercetusny­a siri ini, penonton dapat menyelami nilai murni, sekali gus memberikan sesuatu yang bermakna di bulan Ramadan ini.” katanya.

Selain itu, Alif & Sofia turut akan menemui peminat Ahad ini dari jam 11 pagi hingga 4 petang di Central i-City Mall.

Ejen Ali pula akan berada di Ground Floor, Freeport A'Famosa, Melaka bermula jam 12 tengah hari hingga 9 malam hari yang sama.

Peminat Ejen Ali di Melaka berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan seperti peraduan mewarna, IRIS DIY dan bergambar bersama maskot kesayangan, Ejen Ali dan Ejen Alicia.

 ??  ??
 ??  ?? SIRI animasi baru Alif & Sofia bakal diperkenal­kan.
SIRI animasi baru Alif & Sofia bakal diperkenal­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia