Harian Metro

18 spesies dinosaur dipertonto­n secara langsung

-

Peminat haiwan purba pasti teruja apabila

UnUsUal Entertainm­ent dan penganjur bersama MacpiePro bakal menganjurk­an ‘Walking With Dinosaurs - The Live Experience’ pada Ogos nanti.

Produksi bernilai 20 juta itu diterbitka­n daripada siri televisyen popular BBC, ‘Walking With Dinosaurs - The Live Experience’ bakal menerbangk­an 18 spesies dinosaur ke Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk dipertonto­nkan secara langsung untuk tatapan peminat siri itu di Malaysia.

Karya asalnya dihasilkan Gerry Ryan, Malcolm

Cooke dan Jill Bryant di Australia sebelum dibawa ke dunia realiti oleh Global Creatures. Pertunjuka­n selama satu jam 40 minit itu menggambar­kan evolusi dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti.

Mengetenga­hkan teknologi terkini, penonton pertunjuka­n itu juga bakal merasai pengalaman seolah-olah ‘hidup’ dalam dunia haiwan berkenaan terutama sebaik produksi terbabit mempamerka­n perubahan yang hebat terhadap dinosaur dari segi warna kulitnya dan terdapat beberapa spesies berbulu berdasarka­n penyelidik­an saintifik terkini.

Dalam pertunjuka­n itu pengunjung berpeluang menyaksika­n babak interaksi antara dinosaur, selain pergerakan dinosaur karnivor berjalan menggunaka­n dua kaki dan bagaimana herbivor menewaskan pemangsa yang lebih ganas.

Antara 18 spesies dinosaur ditampilka­n termasuk spesies Tyrannosau­rus Rex, Plateosaur­us, Lilienster­nus dari zaman Triassic, Stegosauru­s dan Allosaurus dari zaman Jurassic dan Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus.

Dinosaur yang terbesar adalah Brachiosau­rus yang berketingg­ian 11 meter dan 17 meter dari hidung hingga ekor yang mengambil masa setahun serta memerlukan tenaga kerja seramai 50 orang termasuk jurutera, pembuat fabrikasi, pembuat kulit, artis, pelukis dan pakar animatroni­k.

Babak penceritaa­n bakal disaksikan pengunjung termasuk pemisahan benua bumi dan peralihan dari padang pasir yang gersang pada zaman Triassic ke padang rumput yang menghijau pada zaman Jurassic hinggalah kepada kepupusan spesies itu.

 ??  ?? BAGAIKAN ‘hidup’ itu pengalaman pengunjung dengan produksi ‘Walking With Dinosaurs - The Live Experience’.
BAGAIKAN ‘hidup’ itu pengalaman pengunjung dengan produksi ‘Walking With Dinosaurs - The Live Experience’.
 ??  ?? MENYAKSIKA­N pertunjuka­n pada saiz sebenar.
MENYAKSIKA­N pertunjuka­n pada saiz sebenar.
 ??  ?? TELITI dan terperinci berdasarka­n penyelidik­an saintifik yang terkini.
TELITI dan terperinci berdasarka­n penyelidik­an saintifik yang terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia