Harian Metro

Kongsi kebaikan tenusu

-

Baharu, Saintifik dan Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia Megawati Suzari berkata, pihaknya berbangga kerana dapat memberi produk tenusu terbaik untuk menyokong kesihatan dan nutrisi rakyat Malaysia pada Ramadan yang diberkati.

“Di Fonterra, kami bermatlama­t untuk menambah nilai kehidupan rakyat Malaysia dan masyarakat di tempat operasi kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan Ramadan dengan berkongsi khasiat tenusu bersama penduduk setempat dan masyarakat yang memerlukan di kawasan sekitar ini termasuk golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan asnaf.

“Dalam masa sama, sangat penting untuk mengamalka­n diet seimbang dan sihat terutama ketika berpuasa. Susu adalah antara makanan yang mengandung­i nutrisi lengkap yang boleh membuat seseorang bertenaga sepanjang hari serta menambahka­n nutrien dan cecair yang hilang semasa berpuasa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Masjid Seksyen 7 Shah

Alam, Burhanuddi­n Ahmad berkata, Ramadan adalah bulan istimewa untuk memberi dan berkongsi rezeki bersama individu kurang bernasib baik.

“Kami berterima kasih kepada Fonterra yang bersama kami hari ini untuk membantu memberi makanan kepada keluarga dan anak-anak yang memerlukan dengan hidangan bubur lambuk dan produk tenusu yang berkhasiat.

“Inisiatif seperti ini wajar dicontohi kerana ia memberikan kegembiraa­n kepada ramai pihak terutama penerima,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan, Fonterra turut menganjurk­an sesi tadarus al-Quran dan berbuka puasa bersama kakitangan­nya sempena sambutan Nuzul al-Quran yang jatuh pada bulan Ramadan.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, Fonterra Brands

Malaysia bekerjasam­a dengan beberapa masjid dan komuniti tempatan untuk meraikan Ramadan dan mengedarka­n bubur lambuk yang diperkaya susu Fernleaf dan pek berbuka puasa yang dimuatkan produk tenusu untuk menyokong gaya hidup sihat ketika berpuasa.

 ?? FOTO: ?? MEGAWATI (kiri) diiringi Pengurus Hal Ehwal Operasi Fonterra, Manisya Ismail (tengah) serta wakil Masjid Seksyen 7, Shah Alam, Ustaz Sharil Ismi (kanan) ketika perasmian Program Fonterra Raikan Ramadan, baru-baru ini. MEGAWATI (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada golongan memerlukan.
FOTO: MEGAWATI (kiri) diiringi Pengurus Hal Ehwal Operasi Fonterra, Manisya Ismail (tengah) serta wakil Masjid Seksyen 7, Shah Alam, Ustaz Sharil Ismi (kanan) ketika perasmian Program Fonterra Raikan Ramadan, baru-baru ini. MEGAWATI (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada golongan memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia