Harian Metro

ARENA BARCA PINCANG

- Agensi

 Tanpa beberapa tonggak utama pasukan dalam usaha memenangi Piala Raja Sepanyol

Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen terpaksa diketepika­n pada final Piala Raja Sepanyol menentang Valencia, awal pagi Ahad selepas pemain Jerman itu gagal pulih tepat pada masanya daripada kecederaan lutut.

Dalam satu kenyataan, juara Sepanyol itu memberitah­u penjaga gol itu “masih berasa kurang selesa

di lutut kanan dan akan terus menerima rawatan dalam beberapa minggu ini.”

Ter Stegen tonggak utama kejayaan Barca memenangi La Liga musim ini, beraksi 35 daripada 38 perlawanan liga kelab Catalan itu ketika mereka berakhir 11 mata di depan Atletico Madrid di puncak carta.

Jasper Cillessen dijangka mengisi tempat Ter Stegen seperti ketika seri 2-2 di Eibar pada perlawanan terakhir liga musim ini.

Barca akan muncul pasukan pertama menjuarai Piala Raja Sepanyol lima kali berturut-turut jika mereka mengalahka­n Valencia di Seville.

Sementara Valencia berazam melakukan kejutan dalam perlawanan final pertama kelab itu dalam tempoh 11 tahun.

Kelab Catalan itu dijangka beraksi tanpa penyerang Luis Suarez yang menjalani pembedahan lutut sehari selepas kekalahan pasukan itu kepada bekas kelabnya, Liverpool, 0-4.

Pemain kebangsaan Uruguay menjaringk­an 25 gol dalam 49 penampilan musim ini dijangka tidak beraksi disamping beberapa pemain tonggak seperti Ousmane Dembele, Philippe Coutinho, Arthur dan Nelson Semedo.

Semedo dibawa ke hospital selepas kepalanya bertembung dengan pemain lawan dalam perlawanan terakhir La Liga menentang Eibar dengan kelab itu mengesahka­n minggu ini “sekembali dia menjalani latihan dia akan di pantau” sebelum perlawanan hujung minggu ini.

 ??  ?? TER Stegen terpaksa diketepika­n pada final Piala Raja Sepanyol akibat kecederaan lutut. CILLESSEN dijangka mengisi tempat Ter Stegen.
TER Stegen terpaksa diketepika­n pada final Piala Raja Sepanyol akibat kecederaan lutut. CILLESSEN dijangka mengisi tempat Ter Stegen.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia