Harian Metro

Sarri kemuka ‘syarat’ letak jawatan

-

London: Chelsea mungkin menyingkir­kan Maurizio Sarri jika mereka gagal memenangi Liga Europa, namun pengendali Itali itu memikirkan tugasnya tidak bergantung kepada satu perlawanan sahaja.

Chelsea berdepan Arsenal pada aksi final Liga Europa di Baku, Azerbaijan minggu depan.

Sarri memaklumka­n kepada hiraki pengurusan Chelsea jika masa depannya bergantung kepada kemampuan memenangi Liga Europa lebih baik dia meninggalk­an kelab itu serta-merta.

Pengendali Itali itu yang menyertai Chelsea dari Napoli pada awal musim dan memberi kesan besar, selepas The Blues memperagak­an aksi mencabar dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Namun, penyokong kelab berkenaan mendakwa skuad itu mempamerka­n aksi kurang meyakinkan dan Sarri mula berdepan tekanan selepas penghujung musim dengan laporan media yang turut mengaitkan kedudukan Sarri terancam dan bakal dipecat.

Walaupun berdepan kritikan hebat penyokong di Stamford Bridge dia masih mampu membawa Chelsea menduduki tempat ketiga carta Liga Perdana selain mara ke final Liga Europa.

Apabila ditanya adakah dia memikirkan sama ada tugasnya bergantung pada satu perlawanan saja, Sarri berkata dalam sidang media: “Jika situasi seperti ini berlaku, Saya mahu pergi serta-merta.

“Kamu tidak boleh mempunyai 10 bulan untuk bekerja dan melakukan semua perkara dalam 90 minit seperti ini, ia tidak betul.

“Kamu gembira dengan kerja saya, atau kamu tidak gembira. Itu persoalann­ya”

Di sebalik dikaitkan dengan Juventus dan Roma, Sarri menegaskan dia mahu kekal di Chelsea dan memaklumka­n dia mempunyai dua tahun kontrak lagi di Stamford Bridge.

“Saya hanya perlu memikirkan mengenai final (Europa) buat masa ini. Saya mempunyai dua tahun kontrak di sini, jadi saya tidak mengadakan perbincang­an dengan mana-mana kelab buat masa ini. - Agensi

 ??  ?? SARRI sedia berundur serta-merta jika Chelsea hanya mahu sekadar melihat kejayaan di final Europa.
SARRI sedia berundur serta-merta jika Chelsea hanya mahu sekadar melihat kejayaan di final Europa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia