Harian Metro

‘JANGAN BIMBANG, MODAL CUKUP’

 Arsenal sedia ikat nama besar ganti tempat tiga tonggak utama

-

Arsenal mempunyai cukup “modal” untuk mengikat pemain ternama walaupun tidak layak ke Liga Juara-Juara, kata ketua bola sepak kelab itu Raul Sanllehi.

Anak buah Unai Emery boleh menempah tiket ke pertanding­an utama kelab Eropah itu musim depan jika metempat reka mengalahka­n Chelsea pada final Liga Europa di Baku, 29 Mei ini.

Selepas terlepas berada dalam kelompok empat teratas di hujung saingan Liga Perdana Inggeris, perlawanan di Azerbaijan menjadi peluang terakhir Arsenal untuk menamatkan penantian dua musim tidak beraksi pada pertanding­an elit kelab Eropah itu.

Bertanding dalam Liga Juara-Juara tidak diragui satu insentif buat pemain untuk berpindah ke Stadium Emirates, namun Sanllehi yaki perancanga­n kelab it baik bagi jendela perpindaha­n pemain sekalipun jika mereka tewas di tangan musuh se

London itu.

Dalam satu temu ramah bersama Arsenal Media di samping pengarah urusan Vinai Venkatesha­m, Sanllehi mendedahka­n bagaimana Gunners akan terus dibentuk susulan pemergian Danny Welbeck, Aaron Ramsey dan Petr Cech pada hujung musim.

“Apa yang saya boleh beritahu anda kami sudah medengan ngenal pasti jelas bersama ketua jurulatih kami dan staf teknikal, kami sedar apa yang kami perlu utamaama kan dan kami jelas dengan ke utamaan kami,” kata Sanllehi.

“Kami sudah berada dalam pasaran perpindaha­n dan kami sudah berbincang dengan orang yang mampu membantu kami mengisi kekosongan itu dan saya berasa amat yakin.

“Ia berjalan lancar dan imej Arsenal dalam dunia bola sepak amat kuat.”

Arsenal berakhir di tangga kelima Liga Perdana, satu mata di belakang pasukan tangga keempat Tottenham pada musim sulung Emery.

 ??  ?? WELBECK tidak lagi perkasa cabaran Arsenal musim depan. CECH dikhabarka­n mahu kembali bersama Chelsea sebagai Pengarah Sukan.
WELBECK tidak lagi perkasa cabaran Arsenal musim depan. CECH dikhabarka­n mahu kembali bersama Chelsea sebagai Pengarah Sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia