Harian Metro

Terry calon pilihan bimbing Middlesbro­ugh

-

London: Bekas pemain pertahanan England dan Chelsea dikatakan mengadakan rundingan dengan Middlesbro­ugh untuk menjadi pengurus baru kelab itu menurut laporan talkSPORT.

Terry bekas kapten Chelsea, dilihat calon sesuai meneruskan tugas Tony Pulis di Riverside berikutan pemergian warga Welsh itu selepas kontraknya tamat minggu lalu.

Dia antara calon pilihan untuk mengisi jawatan berkenaan, namun talkSPORT difahamkan Terry sudah membincang­kan tugas itu bersama ketua kelab Boro berkenaan.

Lelaki berusia 38 tahun itu memulakan karier kejurulati­han pada awal musim ini, menyertai Aston Villa sebagai pembantu kepada Dean Smith yang kemudianny­a dilantik sebagai pengurus.

Gandingan mereka membawa Villa ke peringkat play-off separuh akhir Liga Kejuaraan, perlawanan menentang Derby menyaksika­n dia berhadapan bekas rakan sepasukan di Chelsea, Frank Lampard dan Jody Morris, termasuk Ashley Cole yang bersama skuad itu.

Terry menghabisk­an penghujung karier bermain bola sepak bersama Villa, mengetuai pasukan itu pada play-off final di mana mereka tewas kepada Fulham.

Sebelum itu, Terry menghabisk­an 19 tahun bersama Chelsea dan beraksi 717 perlawanan, menjadi antara kapten the Blues yang paling berjaya dengan memenangi 15 trofi utama.

Jonathan Woodgate turut dipertimba­ngkan tugas di Middlesbro­ugh kerana dia antara kakitangan yang kekal di Riverside selepas ketiadaan Pulis, sementara Chris Hughton berada dalam senarai calon selepas dipecat oleh Brighton.

Awal minggu ini penyerang legenda Argentina dan Fiorentina, Gabriel Batistuta turut dikatakan menjadi calon kejutan dalam mengisi jawatan berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia