Harian Metro

Usah lembik lutut

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

 Pesanan Choong Hann kepada pemain negara

Perlu hormat tapi jangan sampai takut. Itu pesanan Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann

menjelang aksi suku akhir Piala Sudirman menentang Jepun, hari ini.

Menurutnya, secara realiti perbezaan antara Malaysia dan Jepun bagai langit dengan bumi, namun pemain harus berani untuk menghadapi siapa saja apatah lagi mereka kini sudah tiba ke peringkat kalah mati.

“Rasa hormat perlu ada, tapi jangan sesekali takut dengan mereka. Berani hadapi siapa saja,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Ujar bekas pemain perseorang­an

(gambar)

lelaki negara itu, Jepun dengan India memang jauh berbeza dan pasukan yang diketuai oleh pemain nombor satu dunia, Kento Momota itu dianggap sama taraf dengan China.

“Jepun dan China berada di liga tersendiri, namun pemain kita berada pada tahap terbaik untuk berdepan mereka esok (hari ini). Mereka akan cuba mengambil platform ini untuk memberikan aksi terbaik.

“Kebanyakan pemain sudah mempamer keupayaan mereka sendiri di sini. Bagaimanap­un, saya tidak mahu mereka sekadar sampai pada tahap mencukupi tapi lebih dari itu atau lakarkan kejutan,” kata Choong Hann.

Ditanya adakah pertemuan dengan Jepun ibarat berdepan ‘negara sendiri’ berikutan skuad lawan kini dibimbing ramai jurulatih Malaysia seperti Jeremy Gan, Tan Kim Her serta Lee Wan Wah, beliau berkata, ia bukan satu masalah besar.

“Siapa yang duduk di kerusi jurulatih tidak perlu difikirkan, ini kerana lawan mereka sekarang adalah pemain Jepun. Jurulatih hanya memberikan taktikal dan memantau corak latihan,” katanya.

Selain Momota, Jepun dijangka mempertaru­hkan pemain perseorang­an wanita nombor dua dunia, Nozomi Okuhara, manakala gandingan Keigo Sonoda-Takeshi Kamura (ranking ketiga dunia) sudah pasti akan menyekat keupayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Mereka juga mempunyai pilihan sama ada ingin menurunkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio bagi beregu wanita, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi ataupun gandingan nombor satu dunia, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima.

Aksi Malaysia menentang Jepun akan berlangsun­g pada 11 pagi ini di Pusat Sukan Guangxi, Nanning.

Jika berjaya mengejutka­n Jepun, Malaysia akan ke separuh akhir dan bertemu pemenang perlawanan antara Indonesia dan Taiwan.

Dua tahun lalu di Gold Coast, Jepun menyekat hajat Malaysia untuk ke separuh akhir apabila mencatat kemenangan 3-1.

 ??  ?? AARON Chia (bawah) dan Wooi Yik bawa cabaran negara pada aksi suku akhir Piala Sudirman.
AARON Chia (bawah) dan Wooi Yik bawa cabaran negara pada aksi suku akhir Piala Sudirman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia