Harian Metro

Lebih banyak risiko

-

 Selain pemain tempatan lenyap, kos tinggi diperlukan jika Malaysia mahu ikut jejak Qatar

juara Piala Asia namun kejayaan itu bukanlah hasil usaha daripada pemain yang terdiri daripada kalangan warga tempatan.

“FAM perlu lebih buka mata dan jangan menggunaka­n pendekatan mengambil pemain naturalisa­si untuk mewakili Malaysia dapat menyelesai­kan masalah kualiti bolasepak kita yang semakin mundur.

“Lebih daripada separuh kesebelasa­n utama Qatar adalah pemain naturalisa­si manakala mereka berhabis puluhan jutaan ringgit untuk menampung kos operasi akademi Aspire.

“Apa akan jadi pada masa akan datang apabila terlampau bergantung kepada pemain naturalisa­si dan pasti kita akan kehilangan pemain tempatan seterusnya keadaan bertambah buruk tiada lagi sebarang kejayaan dapat dicapai menerusi bola sepak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum itu, FAM membuka dimensi baharu apabila mengadakan lawatan ke akademi sukan serba canggih dan cukup terkenal di dunia, Akademi Aspire bagi menjalin kerjasama erat dengan akademi terbabit.

Akademi berkenaan ditubuhkan pada 2004 untuk mencari dan membangunk­an atlet muda terbaik Qatar dengan program bola sepaknya membawa negara itu memenangi Kejuaraan B-19 AFC 2014 dan layak ke Piala Dunia B-20 2015.

Malah, paling mengejutka­n kejayaan Qatar menjulang Piala Asia buat pertama kali dalam sejarah selepas menewaskan Jepun 3-1 dalam aksi final, sekaligus membuktika­n bahawa sistem pembanguna­n di negara itu cukup baik.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mahu Malaysia mencontohi Qatar dalam membangunk­an bola sepak sehingga menjadi juara Asia.

Formula terbabit dilihat seperti jawapan terbaik kepada bola sepak negara yang tidak pernah memenangi kejohanan utama di peringkat Asia.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat di peringkat rantau Asia ialah gangsa di Sukan Asia 1974 yang diadakan di Tehran. memenangi Kejuaraan B-19 AFC 2014 dan layak ke

Piala Dunia B-20 2015.Malah, paling mengejutka­n kejayaan Qatar menjulang Piala Asia buat pertama kali dalam sejarah selepas menewaskan Jepun 3-1 dalam aksi final, sekaligus membuktika­n bahawa sistem pembanguna­n di negara itu cukup baik.

“Kita juga ada akademi bertaraf nasional seperti AMD (Akademi Mokhtar Dahari) di Gambang, Pahang. Jadi mungkin kita akan cuba perkenalka­n falsafah bola sepak kita diperingka­t awal bermula di AMD.

“Kalau ikutkan di sana (Akademi Aspire) bukanlah tempat latihan skuad kebangsaan tetapi ia hanya akademi untuk pembanguna­n saja. Jadi, kita boleh jadikan AMD untuk mulakan DNA bola sepak supaya berkembang dan mengubah budaya serta permainan bola sepak kita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia