Harian Metro

SELUDUP MELALUI SAMUDERA

-

PGA rampas minuman keras dan rokok dianggarka­n bernilai RM844,181 termasuk cukai

untuk tindakan lanjut.

“Kita akan meneruskan usaha membantera­s kegiatan penyeludup­an di Sarawak bagi memastikan kegiatan itu dapat dihapuskan,“katanya.

Beliau mahu orang awam yang mengesan kegiatan penyeludup­an melaporkan terus kepada pihaknya bagi membolehka­n tindakan tegas diambil. Kuching: Seramai 34 anggota sindiket perjudian atas talian termasuk 31 daripadany­a warga asing ditahan dalam serbuan di dua rumah di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, semua yang ditahan itu berumur antara 18 dan 34 tahun.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati keduadua rumah itu dijadikan tempat untuk mengendali­kan beberapa permainan iaitu Chipsmore, Mamee, Disney, VP, DTG dan Starwin dengan kutipan sebulan dianggarka­n mencecah RM700,000 hingga RM800,000.

“Serbuan pertama dijalankan oleh pasukan JSJ Sarawak terhadap sebuah rumah di Lot 3643 Jalan Kong Ping sekitar jam 10.40 pagi dan 18 individu ditahan iaitu 14 lelaki dan empat wanita yang terdiri daripada tiga warga tempatan dan 15 warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, katanya, sembilan unit komputer, 18 telefon bimbit turut dirampas dari pusat perjudian atas talian terbabit yang dipercayai beroperasi dua bulan.

Soon Kuai berkata, pasukan yang sama kemudian membuat serbuan susulan di sebuah rumah di SL 13 lot 280-285 Lotak Villas Jalan Stephen Yong, jam 11 pagi.

Beliau berkata, 16 individu terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita yang semuanya warga asing berjaya ditahan.

Turut dirampas enam unit komputer dan 12 telefon bimbit dari pusat judi atas talian itu, yang beroperasi selama dua bulan.

Bagaimanap­un, katanya tiada wang tunai dirampas daripada dua pusat perjudian itu.

 ??  ?? TAN menunjukka­n rokok dan minuman keras yang dirampas dalam serbuan di tiga lokasi berasingan.
TAN menunjukka­n rokok dan minuman keras yang dirampas dalam serbuan di tiga lokasi berasingan.
 ??  ?? ANGGOTA sindiket perjudian atas talian dicekup pasukan JSJ Sarawak dalam serbuan di dua
rumah berasingan.
ANGGOTA sindiket perjudian atas talian dicekup pasukan JSJ Sarawak dalam serbuan di dua rumah berasingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia