Harian Metro

Tegas tangani peniaga menipu

- Erika George am@hmetro.com.my

 KPDNHEP selesai 60 kes babit rampasan RM1.4 juta

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu berjaya menyelesai­kan 60 kes berkaitan perihal dagangan serta kepengguna­an membabitka­n rampasan berjumlah RM1.4 juta sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Pejabat KPDNHEP Bintulu, Salihin Den berkata, 48 daripada kes terbabit sudah dikenakan kompaun berjumlah RM9,700, manakala

12 kes lagi masih dalam siasatan.

“Kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan Bekalan (AKB) 1961 mencatatka­n nilai rampasan tertinggi iaitu sebanyak RM1.3 juta, Akta Perihal Dagangan (AKD) 2011 sebanyak RM51, 797 manakala Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972 sebanyak RM36, 875,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Aidilfitri 2019 Peringkat Bahagian Bintulu, di Pasar Raya Tai Kwong Times Square, di sini, kelmarin.

Dalam SKHMP Aidilfitri 2019, sebanyak 22 barangan disenaraik­an sebagai barangan harga terkawal yang berkuatkua­sa mulai 21 Mei hingga 19 Jun iaitu 15 hari sebelum perayaan dan 14 hari selepas perayaan.

“Ia antara lain bagi memastikan orang ramai terutama umat Islam yang merayakan Aidilfitri boleh menikmati harga barangan keperluan dengan kadar harga berpatutan sempena musim perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n di 3,330 premis niaga di bahagian ini bagi membendung gejala penipuan dalam perniagaan yang boleh merugikan pengguna.

“Menjadi tanggungja­wab KPDNHEP melindungi hak pengguna terutama mendapatka­n barangan keperluan harian dengan harga berpatutan dan tidak ditipu segelintir peniaga yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Katanya sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP menerusi Portal e-aduan kpdnhep(http://eaduan.kpdnhep.gov.my), Call Centre 1-800-886-800, Ez ADU KPDNHEP(aplikasi telefon pintar), Pusat Informasi dan Gerakan Strategik(PIGOS) di talian 03-88826088/6245, aplikasi WhatsApp ke 019-2794317, surat rasmi je Pejabat KPDNHEP berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia