Harian Metro

‘Itu kos sampingan’

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

 Nur Azurra nafi dakwaan doktor pakar persoal dia cari dana

“Kos itu untuk lain-lain perbelanja­an sepanjang anak saya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), bukan untuk kos pemindahan buah pinggang. Saya tahu kos itu percuma,” kata Nur Azurra Fitriana Wong Abdullah, di sini, semalam.

Nur Azurra, 38, berkata demikian menafikan dakwaan doktor pakar yang mempersoal­kan pencarian dana untuk kos perbelanja­an bagi mendapatka­n rawatan untuk anaknya.

Beliau berkata, kos pemindahan buah pinggang anaknya, Nahsyeem Ezuan Khalid, 9, memang ditanggung sepenuhnya Jabatan Kebajikan selepas dimaklumka­n doktor yang merawat anaknya.

“Kos pemindahan buah pinggang percuma kerana anak saya masih bersekolah. Malah doktor pakar di Hospital

Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas maklumkan kos pembedahan itu ditanggung Jabatan Kebajikan.

“Ia tidak perlu dibayar, tetapi untuk kos selebihnya seperti penginapan, pengangkut­an dan sebagainya ditanggung sendiri ahli keluarga.

“Saya anggarkan sekurang-kurangnya memerlukan tempoh tiga bulan untuk berada di Kuala Lumpur. Ia sudah tentu memerlukan pelbagai kos termasuk kos ulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan, kos rumah sewa dan makan minum sepanjang di sana,” katanya.

Katanya, kos RM30,000 itu untuk menampung perbelanja­an sepanjang rawatan anaknya iaitu yang dianggarka­n mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

“Di sini pun (Sabah) saya memerlukan banyak kos untuk berulang-alik ke hospital selain rawatan dialisis anak,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, kelmarin.
NAHSYEEM Ezuan mengalami kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang.
LAPORAN muka depan Harian Metro, kelmarin. NAHSYEEM Ezuan mengalami kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia