Harian Metro

Promosi pelbagai warisan Sarawak

-

Kuching: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sentiasa menyokong penganjura­n acara seni dan muzik yang boleh membantu mempromosi­kan kepelbagai­an warisan serta kebudayaan tempatan di Sarawak.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak sebagai negeri terbesar di Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang unik yang boleh ditonjolka­n kepada pelancong.

“Kita menyokong penganjura­n Konsert Gala Pesta Muzik dan Seni Antarabang­sa Sarawak (SIFMA) yang akan diadakan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama pada 28 hingga 29 Jun depan.

“Acara itu dapat mewujudkan saluran yang baik bagi artis antarabang­sa dari seluruh dunia untuk datang ke Sarawak supaya dapat mempamerka­n bakat kebudayaan serta memberi peluang kepada penduduk setempat mengembang­kan bakat seni mereka ke luar negara, ” katanya pada sidang media Konsert SIFMA di sini, kelmarin.

Antara yang akan tampil di SIFMA tahun ini ialah Mandeville Stars dan The Vocal Consort dari Singapura, Taiwan Bamboo Orchestra dari Taiwan, Choir Kanak-kanak Kuala Lumpur dan SIFMA Orchestra dari Sarawak.

Selain itu, kumpulan tarian dari Jepun, Filipina, Hong Kong, Thailand dan Malaysia akan mempamer kehebatan masing-masing pada acara dua hari itu.

Harga tiket yang dikenakan kepada orang ramai yang mahu menyaksika­n SIFMA ialah RM50 untuk tempat duduk biasa dan RM100 untuk tempat duduk premium.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, piawaian tinggi semua artis antarabang­sa juga memberi inspirasi kepada penduduk tempatan.

“Saya yakin melalui inisiatif ini banyak bakat tersembuny­i dapat diasah serta dikembangk­an untuk membangunk­an Sarawak menjadi sumber seni prestasi dan terkaya dalam Asia.

“Sarawak berada di kedudukan strategik di Asia dan berharap SIFMA dapat menarik bakat kebudayaan yang pelbagai untuk datang dan mempamerka­n karya terbaik mereka ke Sarawak,” katanya.

 ?? Abdul Karim Rahman Hamzah ?? ABDUL Karim (tengah) pada sidang media sempena Konsert Gala Pesta Muzik dan Seni Antarabang­sa Sarawak (SIFMA) di Kuching. Acara itu dapat mewujudkan saluran bagi artis antarabang­sa dari seluruh dunia datang ke Sarawak supaya dapat mempamerka­n bakat kebudayaan serta memberi peluang kepada penduduk setempat mengembang­kan bakat seni mereka ke luar negara”
Abdul Karim Rahman Hamzah ABDUL Karim (tengah) pada sidang media sempena Konsert Gala Pesta Muzik dan Seni Antarabang­sa Sarawak (SIFMA) di Kuching. Acara itu dapat mewujudkan saluran bagi artis antarabang­sa dari seluruh dunia datang ke Sarawak supaya dapat mempamerka­n bakat kebudayaan serta memberi peluang kepada penduduk setempat mengembang­kan bakat seni mereka ke luar negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia