Harian Metro

52 taska haram terima surat tunjuk sebab

-

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan mengeluark­an surat tunjuk sebab kepada 52 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan di negeri ini kerana beroperasi secara haram.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Khoon berkata, surat tunjuk sebab itu bertujuan memberi arahan kepada pengusaha supaya mendaftark­an pusat jagaan diusahakan dengan pihak berkuasa.

Katanya, semua taska dan pusat berkenaan perlu berdaftar dengan JKM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kesihatan Negeri

Sembilan.

“Setakat ini kita kesan 52 taska dan pusat jagaan yang belum mendaftar berbanding 157 taska dan 109 pusat jagaan kanak-kanak yang mematuhi peraturan itu.

“Pengusaha terbabit memberi pelbagai alasan untuk melengahka­n pendaftara­n. Kita bertindak tegas termasuk mengeluark­an surat amaran terhadap pengusaha yang sengaja atau memberi alasan tidak munasabah,” katanya.

Terdahulu beliau, merasmikan Majlis Penutup Program Jom Daftar Taska dan Pusat Jagaan 2019 di Dewan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini, semalam.

Menurutnya, taska yang tidak berdaftar boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun bagi kesalahan pertama manakala kesalahan kedua denda RM20,000 atau penjara lima tahun.

Sementara itu katanya, bagi pusat jagaan pula, boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara dua tahun.

“Jika berdaftar berdaftar ia memudahkan pihak berkuasa melakukan pemantauan, menyalurka­n bantuan dan memastikan pusat berkenaan diurus dengan baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia