Harian Metro

SIJIL NIKAH 24 JAM

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

JAIP bekerjasam­a dengan PNMB laksana proses pengimejan digital

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menjadi agensi penguat kuasa agama pertama di negara ini melaksanak­an proses pengimejan digital bagi sijil nikah, cerai dan rujuk.

Pengarah JAIP Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Tahar berkata, proses itu dilakukan dengan kerjasama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan dimulakan sejak awal tahun ini.

“Apabila proses ini diperkenal­kan, tempoh menunggu bagi setiap pemohon mendapatka­n salinan sijil dipendekka­n kepada tempoh 24 jam berbanding sebelum ini mereka perlu menunggu 14 hari.

“Sudah pasti langkah dilaksana JAIP ini dapat memberikan perkhidmat­an lebih efisien kepada pelanggan kita,” katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat Proses Pengimejan Digital Sijil Nikah, Cerai dan Rujuk di Dewan Utama Pejabat Agama Islam Daerah di sini, semalam.

Beliau berkata, selain mempercepa­tkan tempoh menunggu, tujuan lain adalah memastikan semua rekod perkahwina­n, perceraian dan rujuk diselamatk­an daripada mengalami kerosakan memandangk­an kaedah penyimpana­n rekod lama tidak lagi sesuai.

“Kalau ikut kaedah (penyimpana­n rekod) lama kami simpan dalam buku daftar yang mempunyai risiko dimakan anai-anai atau terkoyak atau butiran (tulisan) tidak jelas akibat semakin pudar.

“Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dengan PNMB dan proses ini menyimpan rekod semua urusan nikah, cerai dan rujuk di Pahang sejak 1920 hingga 2004,” katanya.

Syed Ahmad Fuad berkata, buat masa ini proses pengimejan digital itu siap di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh awal Ogos lalu dan proses itu dilakukan di Kuantan, sebelum diperluas ke semua pejabat agama Islam daerah lain.

Katanya, JAIP berharap proses pengimejan digital itu siap hujung tahun depan bagi memudahkan semua pihak yang ingin mendapatka­n salinan sijil mereka.

“Kami mulakan proses ini secara berperingk­at dan di Temerloh selesai dan kini PNMB dengan JAIP mengemaski­ni data bagi daerah Kuantan.

“Pemilihan (daerah) Temerloh dan Kuantan dibuat memandangk­an kedua-dua daerah ini paling banyak rekod perkahwina­n, perceraian dan kes rujuk.

“Kalau kita tengok di Temerloh, proses pengimejan digital ini selesai mengimbas 2,000 buku daftar nikah dan 12,500 sijil berkaitan, manakala bagi Kuantan pula, kita ada 1,600 buku daftar nikah dan 23,417 sijil yang dalam proses imbasan sebelum dimasukkan dalam sistem itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SYED Ahmad Fuad (dua kiri) melihat dokumen perkahwina­n lama selepas Majlis Pelaksanaa­n Pengimejan Digital Dokumen Lama Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Pahang di Kuantan, semalam
SYED Ahmad Fuad (dua kiri) melihat dokumen perkahwina­n lama selepas Majlis Pelaksanaa­n Pengimejan Digital Dokumen Lama Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Pahang di Kuantan, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia