Harian Metro

16 HEKTAR HUTAN TERBAKAR

- Ibrahim Isa am@hmetro.com.my

70 anggota bomba berjaya kawal api daripada merebak ke kilang berdekatan

Usaha 70 anggota dan pegawai dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampira­n Gelang Patah di sini, yang bertungkus lumus sejak Rabu lalu berjaya memadamkan hampir 50 peratus daripada

kira-kira 16.19 hektar kawasan hutan serta kebun yang terbakar di Kampung Pekajang di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ahmad berkata, bomba berdepan kesukaran untuk memadam api disebabkan keadaan tanah gambut dan bekalan air darat yang terhad di kawasan terbabit.

“Alhamdulil­lah, mereka dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan penempatan dan kilang berhampira­n.

“Bomba menggunaka­n strategi menggali parit bagi mengelak kebakaran merebak selain menggunaka­n air laut untuk mengawal dan memadam api. “Berdasarka­n keadaan semasa, bomba melakukan tugas dengan baik dan kita jangka kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya beberapa hari lagi,” katanya selepas membuat tinjauan udara di kawasan itu, semalam.

Menurutnya, bomba masih menyiasat punca kejadian namun tumpuan ketika ini adalah mengawal serta memadamkan api kerana keadaan berangin selain cuaca panas menyebabka­n api mudah merebak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar berkata, kebakaran di dalam tanah itu menyebabka­n asap tebal di kawasan berkenaan, namun tidak menjejaska­n kualiti udara.

“Penduduk kawasan sekitar tidak perlu bimbang kerana kualiti udara kawasan berkenaan tidak terjejas.

“Jawatankua­sa Bencana Daerah Johor Bahru akan bermesyuar­at bagi menilai situasi semasa dan membuat keputusan sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya Isnin ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia