Harian Metro

Penduduk mahu dalami Islam

-

Port Moresby (Papua New Guinea): “Islam di negara ini ibarat air, penduduk (yang tertarik dengan Islam) amat dahagakann­ya,” kata Imam Masjid Hohola, di sini, Mikail Abdul Aziz, 65.

Katanya, saban hari dia didatangi penduduk di bandar ini bertanya berkaitan agama itu kepadanya.

“Mereka daripada pelbagai suku dan puak. Masing-masing mahu mendalami Islam, tiada siapa yang paksa, mereka sendiri datang kepada saya.

“Ada yang bertanya apa akan jadi apabila mereka memeluk Islam?

“Saya memberitah­u, Allah SWT janjikan syurga kepada umatnya yang beriman,” katanya ditemui ketika kunjungan Misi Qurban Care 4 Ummah 2019 Yayasan Isra’ Malaysia (ISRA’) ke negara itu.

Masjid Hohola yang juga dijadikan sebagai pusat komuniti dan kegiatan Islam adalah satu-satunya masjid di Papua New Guinea.

Mikail yang berasal dari Nigeria berkata, dia menjadi imam dan bertugas di masjid itu sejak 30 tahun lalu.

“Saya melihat Islam semakin diterima di sini, pernah satu ketika saya disapa seorang lelaki dan dia mengatakan Islam adalah agama pembuat bom, ganas dan ekstrem.

“Namun, apabila saya terangkan tanggapan itu salah, tidak benar. Islam adalah agama cintakan keamanan, kedamaian...Alhamdulil­lah, selepas itu dia tertarik dan memeluk Islam,” katanya.

Dalam pertemuan itu, sukarelawa­n misi berkenaan turut berpeluang menyaksika­n Mikail mengislamk­an enam lelaki berusia antara 14 hingga 40 tahun selepas solat Jumaat di masjid terbabit.

Mereka mengucap Kalimah Syahadah selepas tertarik dakwah disampaika­n imam berkenaan.

Mikail berkata, harapannya sebelum menghembus­kan nafas terakhir hanya satu, ingin melihat Islam terus berkembang dan subur di negara kepulauan Oceania itu.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea Mohamad Nasri Abdul Rahman berkata, usaha dakwah dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia amat dialu-alukan di negara ini.

Katanya, penganut Islam adalah minoriti di negara mempunyai kira-kira lapan juta penduduk itu.

“Di sini (Port Moresby) ada kira-kira 1,000 penduduk tempatan beragama Islam dan mereka perlu dibimbing dengan ajaran Islam sebenar.

“Memandangk­an pendakwah juga kurang maka usaha pihak dari Malaysia untuk mengajar dan memberi lebih kefahaman mengenai Islam serta berdakwah kepada penduduk di sini amat dihargai,” katanya ketika menerima kunjungan sukarelawa­n misi itu di kediamanny­a, di sini.

 ??  ?? MIKAIL (kanan) berdakwah dan mengislamk­an penduduk di Masjid Hohola.
MIKAIL (kanan) berdakwah dan mengislamk­an penduduk di Masjid Hohola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia