Harian Metro

Tak layan mesej mencarut

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Adalah perkara biasa apabila seorang selebriti itu sering mendapat kiriman mesej menerusi Instagram sama ada positif mahupun negatif. Santesh yang popular dengan lagu Amalina juga tidak terlepas daripada berdepan perkara itu.

Bagaimanap­un, dia bernasib baik kerana tidak ramai menghantar mesej berbentuk kecaman. Dia juga mengambil langkah untuk terus menyekat akaun terbabit andai ia melampaui batas.

“Memang ada terima mesej orang mencarut, tetapi perkara itu membuatkan saya simpati dengan mereka. Mungkin mereka buat seperti itu kerana tidak suka rupa saya dan itu bukan salah mereka.

“Setiap orang ada ciri yang disukai, tetapi kekurangan itu bukanlah kesalahan dan ia tidak mengganggu perjalanan karier saya. Bagaimanap­un, kalau boleh saya mahu memenangi hati mereka yang selalu hantar mesej negatif kepada saya.

“Walaupun apa yang ditulis itu kurang menyenangk­an, saya tidak mahu balas kerana nanti mereka akan melakukan tangkap layar dan dikecam pula. Jadi, saya akan tegur dan kalau buat lagi saya akan terus sekat. Kalau boleh mahu semua orang sayang saya,” katanya.

Menjadi peserta Big Stage pada minggu pertama yang berlangsun­g Ahad lalu, Santesh mendapat markah paling tinggi.

Santesh

mahu menangi hati netizen kerap hantar mesej

negatif

Bagaimanap­un, katanya, markah itu bukan jaminan untuk kekal berada di pentas itu.

Bakal membawakan lagu

Balqis nyanyian asal

Datuk

Siti Nurhaliza pada persembaha­n minggu kedua esok, kata Santesh, impian jadi kenyataan kerana sudah lama memasang angan-angan menyanyika­n lagu tradisiona­l.

“Saya tidak pernah nyanyikan lagu tradisiona­l Melayu, tetapi ketika zaman sekolah, memang meminati lagu Balqis dan Cindai. Memang saya tergila-gilakan lagu itu.

“Saya juga menyimpan citacita satu hari nanti menyanyika­n lagu genre tradisiona­l, tidak sangka impian itu tercapai pada persembaha­n minggu kedua nanti,” katanya.

Walaupun kelihatan selesa menyanyi di pentas, Santesh mengakui masih gementar dan gugup setiap kali mengadakan persembaha­n. Namun, dia cuba mengawal perasaan itu.

Menurut Santesh, dia akan menjadi semakin gementar apabila kurang latihan dan kesihatann­ya terganggu. Oleh itu, dia sentiasa memastikan supaya cukup persediaan dan menjaga kesihatan.

Pernah menyertai beberapa pertanding­an, dia mengakui pengalaman itu membantu dalam pertanding­an kali ini. Bagaimanap­un, dengan saingan daripada peserta lain, Santesh hanya ingin bergembira di atas pentas ketika menyampaik­an lagu tugasan.

“Saya boleh katakan pengalaman menyertai pertanding­an sebelum ini pastinya akan membantu dalam Big Stage. Tetapi, inikan berdasarka­n undian. Kita tidak tahu selama mana saya mampu bertahan.

“Ada yang cakap, saya sudah cukup terkenal, tetapi itu pandangan orang. Masih banyak yang perlu saya lakukan apatah lagi bidang muzik adalah karier utama saya sekarang,” katanya.

Walaupun apa yang ditulis itu kurang menyenangk­an, saya tidak mahu balas

kerana nanti mereka akan melakukan tangkap layar dan dikecam pula.

Saya akan tegur dan kalau buat lagi saya

akan terus sekat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia