Harian Metro

ARENA TERUJA INGAT PIALA SOLHEIM

- AFP

Bagi membuktika­n kemampuann­ya untuk disenaraik­an pada saingan Piala Solheim, pemain Amerika Syarikat (AS), Annie Park membenam eagle dan tujuh birdie untuk mengumpul tujuh di bawah par 65, sekali gus mendahului dengan kelebihan satu pukulan di Terbuka LPGA Wanita Kanada.

“Sudah tentu minggu ini memberikan tekanan yang hebat dan saya asyik memikirkan soal penampilan di Piala Solheim yang akan berlangsun­g selepas pertanding­an ini,” kata Annie mengenai pertanding­an yang menemukan pasukan AS dan Eropah itu.

“Jika saya mahukan sesuatu, saya akan berusaha keras mendapatka­nnya,” kata Annie yang mengimpika­n untuk tampil buat kali pertama bersama skuad Piala Solheim AS.

Gelaran pertamanya dalam jelajah LPGA hadir di Kejohanan ShopRite Classic tahun lalu, sekali gus melonjakka­n peluangnya, tetapi semuanya bergantung kepada persembaha­nnya di

pertanding­an kelayakan terakhir Terbuka LPGA Wanita Kanada.

Annie bermula baik di Kelab Golf Magna di Toronto di mana catatan 65 pukulannya berjaya mengatasi rekod lapangan 66 pukulan sebelum ini yang dicipta juara bertahan, Brooke Henderson.

Brooke berada di kedudukan kedua bersama-sama pemain Thailand, Pajaree Anannaruka­rn, pemain Denmark, Nicole Broch Larsen, bintang Korea Selatan, Ko Jin-young dan seorang lagi pemain tempatan, Anne-Catherine Tanguay.

Annie mengumpul empat di bawah par selepas eagle di lubang sembilan diikuti birdie di lubang 11, 12, 14 dan 15. Tetapi catatannya sedikit rosak apabila melakukan bogey keduanya di lubang 17.

“Saya harap esok atau minggu ini, saya akan dapat memecahkan rekod catatan peribadi saya, 63 pukulan,” katanya.

Walaupun Brooke gagal menamatkan saingan hari pertama selaku pendahulu, impian pemain berusia 21 tahun itu untuk mempertaha­nkan gelarannya masih belum pudar.

“Berada di kedudukan ini boleh dianggap baik buat saya apatah lagi permainan saya kali ini menjadi,” katanya selepas membenam tujuh birdie dan satu bogey untuk mengumpul 66. “Saya harap dapat meneruskan perancanga­n saya dan membenam lebih banyak birdie.”

 Annie idam wakili AS

hadapi skuad Eropah

 ?? Annie Park ?? Sudah tentu minggu ini memberikan tekanan yang hebat dan saya asyik memikirkan soal penampilan di Piala Solheim yang akan berlangsun­g selepas pertanding­an ini” ANNIE mendahului dengan kelebihan satu pukulan di Terbuka LPGA Wanita Kanada.
Annie Park Sudah tentu minggu ini memberikan tekanan yang hebat dan saya asyik memikirkan soal penampilan di Piala Solheim yang akan berlangsun­g selepas pertanding­an ini” ANNIE mendahului dengan kelebihan satu pukulan di Terbuka LPGA Wanita Kanada.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia